Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13_1

Beberapa Imej Xiaomi 13 Dan 13 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Sebenar

Diterbitkan November 29, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, acara pelancaran Xiaomi 13 dijadualkan berlangsung pada 1 Disember, di China. Melalui acara itu nanti, Xiaomi bakal memperkenal dua model dalam siri itu, Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini
  • Siri Xiaomi 13 Dikhabarkan Hadir Hingga 10 Pilihan Warna

Menjelang acara pelancaran tidak lama lagi, beberapa imej dengan rekaan sebenar kedua-dua model itu didakwa telah tertiris.

Xiaomi 13_3
Xiaomi 13_4

Melalui imej yang dimuat naik, ia memperlihatkan Xiaomi 13 mempunyai rekaan sisi dan skrin yang rata. Sementara itu, Xiaomi 13 Pro mempunyai skrin melengkung, dengan modul kamera di bahagian belakang juga adalah lebih besar berbanding Xiaomi 13.

Xiaomi 13_2

Sebagai tambahan, ia turut memperlihatkan bahagian belakang Xiaomi 13 Pro dengan tekstur yang agak kasar. Xiaomi telah pun mengesahkan siri Xiaomi 13 akan menggunakan teknologiĀ nano-leather, yang mungkin adalah sepadan dengan imej tersebut.

Beberapa Imej Xiaomi 13 Dan 13 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Sebenar

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan jika imej yang tertiris itu adalah siri Xiaomi 13, sehingga ia dilancarkan kelak.

Setakat ini, Xiaomi telah mengesahkan siri Xiaomi 13 akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2. Antara lainnya adalah Xiaomi 13 dan 13 Pro hadir dengan saiz berbeza, mempunyai ketebalan bezel 1.61mm serta sokongan penarafan IP68 dan skrin OLED.

Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat rasmi mengenainya menjelang acara pelancaran pada Khamis ini.

Sumber: SparrowNews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY