Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar UPM Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Semikonduktor Antarabangsa

Pelajar UPM Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Semikonduktor Antarabangsa

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh ariff bukhari

Muhammad Zulfakhri Zulkifli, pelajar Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Fakulti Kejuruteraan UPM telah muncul juara di pertandingan semikonduktor Eindhoven Semicon Summer School (ESSS) 2025 di Belanda.

Beliau yang merupakan satu-satunya wakil dari UPM dan Malaysia menyertai pertandingan itu yang turut disertai 80 peserta daripada 20 universiti dari seluruh dunia.

“Saya berbesar hati dapat mewakili UPM dan Malaysia di pentas antarabangsa ini menerusi jemputan rasmi Kedutaan Belanda ke FK UPM.”

Pelajar UPM Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Semikonduktor Antarabangsa

Menerusi projek kumpulannya bertajuk “Towards Integrated Broadband Photonic Systems: Conceptualizing a Handheld Real-Time Spectroscopy Instrument”, mereka berjaya mengatasi 75 peserta lain.

Bersama rakan pasukan dari Belanda, Itali, Taiwan, dan Romania, beliau berjaya membawa pulang €600 (±RM3,000) dan sijil penyertaan.

Pelajar UPM Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Semikonduktor Antarabangsa

Program anjuran Eindhoven Hendrik Casimir Institute (EHCI) ini turut melibatkan pakar antarabangsa dari syarikat gergasi semikonduktor seperti ASML, NXP, IBM, Synopsys, TSMC dan lain-lain.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Malaysia Sudah Latih 13,000 Pakar Semikonduktor
  • Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia
  • Prestasi Modem iPhone 16e Didapati Lebih Stabil Berbanding iPhone 16 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY