Di Malaysia, iPhone 16e yang dilengkapi modem Apple C1 menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding iPhone 16 dengan modem Qualcomm.
Menurut Speedtest, untuk pengguna yang berada di kawasan liputan lemah atau mengalami kesesakan rangkaian, iPhone 16e mencatatkan kelajuan muat turun lebih tinggi berbanding iPhone 16.
Ini menunjukkan kecekapan modem C1 dalam mengoptimumkan sambungan di lokasi dengan isyarat rendah.
Faktor utama kepada keadaan ini ialah ramai pengguna iPhone 16e hanya disambungkan kepada spektrum 5G jalur rendah; ketiadaan jalur pertengahan menyebabkan kelebihan iPhone 16 melalui *carrier aggregation* tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Lebih menarik, kelajuan muat naik median bagi iPhone 16e juga mengatasi iPhone 16 di Malaysia, menjadikannya pilihan lebih baik untuk pengguna yang kerap berkongsi kandungan atau bekerja secara atas talian.
Prestasi ini menunjukkan bahawa iPhone 16e direka untuk ketahanan sambungan dalam persekitaran rangkaian yang tidak konsisten.
Ini dibuktikan lagi apabila iPhone 16e mencatat prestasi lebih baik berbanding iPhone 16 dalam kelajuan muat naik median di 15 daripada 21 pasaran yang dikaji.
Contoh paling ketara ialah di Kanada, di mana iPhone 16e mencapai 23.91 Mbps, lebih dua kali ganda berbanding iPhone 16 pada 11.57 Mbps.
Namun, iPhone 16 masih unggul di negara dengan rangkaian 5G canggih seperti Arab Saudi dan China.
Di Amerika Syarikat, walaupun iPhone 16e lebih baik secara keseluruhan, tapi prestasi muat naik berbeza mengikut operator rangkaian.
Ookla dalam laporannnya menyimpulkan, berdasarkan data Speedtest selama enam bulan, penggunaan modem berbeza dalam barisan iPhone menyebabkan prestasi iPhone 16e dan iPhone 16 sedikit berbeza mengikut rangkaian operator.
Apple dengan teliti menguruskan prestasi modem ini bagi barisan iPhone mereka.
Apple sebelum ini telah dilaporkan sedang membangunkan set cip Bluetooth dan Wi-Fi sendiri bagi menggantikan cip Broadcom, dengan matlamat meningkatkan kawalan prestasi serta penggunaan bateri.
{suggest}