Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Sudah Latih 13,000 Pakar Semikonduktor

Malaysia Sudah Latih 13,000 Pakar Semikonduktor

Diterbitkan September 3, 2025 · Dikemas kini September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, memperkukuh kedudukannya dalam perlumbaan global semikonduktor melalui pelaksanaan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS).

Dalam separuh pertama tahun 2025, Malaysia telah  berjaya menarik pelaburan bernilai RM190.3 bilion, peningkatan 18.7% berbanding tahun sebelumnya.

Singapura muncul sebagai pelabur asing terbesar, menunjukkan keyakinan serantau terhadap hala tuju Malaysia.

Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) menyumbang RM13.1 bilion, manakala NSS telah menarik RM54.2 bilion dalam tahun pertamanya.

Malaysia juga menandatangani perjanjian dengan Arm Holdings untuk membangunkan cip sendiri dalam dekad akan datang.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti CG Global mula beralih kepada aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk produk dan automasi proses.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) memperkukuhkan lagi kerjasama serantau, dengan Johor mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM56 bilion.

Selain itu, setakat pertengahan tahun 2025 ini sahaja, Malaysia sudah pun melabur dalam pembangunan bakat, dengan lebih 13,000 tenaga mahir semikonduktor telah pun dilatih.

“Bakat adalah faktor penentu untuk fasa pertumbuhan seterusnya. Keutamaan kami adalah untuk menjadikan Malaysia kaya dengan bakat dan bersedia untuk bakat, sambil menarik yang terbaik dari seluruh rantau,” kata Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Kejayaan awal ini bukan hanya terletak pada pelaburan berbilion tetapi juga dalam penyelarasan yang telah dibina antara kerajaan, industri dan rakan-rakan serantau.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) Pemilik EV Di China Dakwa Fungsi Parkir Automatik Diaktifkan 868 Kali Dalam Satu Malam
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
©2026 WISER.MY