Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia

Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia

Diterbitkan September 5, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin ada yang belum tahu, setakat ini hanya terdapat 5 bank digital di Malaysia yang telah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

5 Bank digital itu ialah AEON Bank (M) Berhad, Boost Bank Berhad, GX Bank Berhad, KAF Digital Bank Berhad dan YTL Digital Bank Berhad (Ryt Bank).

Walau bagaimanapun, dari 5 bank digital ini, hanya 2 sahaja yang telah dilesenkan dengan Bank Digital Islam iaitu AEON Bank (M) Berhad dan KAF Digital Bank Berhad.

AEON Bank (M) Berhad telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memulakan operasi perbankan digital di Malaysia sejak Januari 2025 yang lalu.

Malah AEON Bank merupakan bank digital Islam pertama di Malaysia.

KAF Digital Bank Berhad pula ialah 100% bank Islam digital Malaysia, konsortium yang dipimpin oleh KAF Investment Bank yang terdiri daripada Carsome, Jirnexu, MoneyMatch dan Storehub.

Sementara 3 lagi bank digital yang ada di Malaysia ketika ini yang telah diiktiraf BNM iaitu Boost Bank Berhad, GX Bank Berhad dan YTL Digital Bank Berhad (Ryt Bank) belum lagi dilesenkan sebagai bank digital Islam.

Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia
Sumber: BNM

Jadi, jika anda orang Islam, pilihlah bank digital dengan lesen Bank Digital Islam. Elakkan perkara syubhah, pastikan halal.

Berkaitan

  • AEON Bank Menjadi Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Bukan Sekadar Bank Digital Biasa, Ini Bezanya Ryt Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY