Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Program Akar powered by AWS reStart_01 (1)

Pelajar Malaysia Tingkat Kemahiran Digital Melalui Program Akar 

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Payments Network Malaysia (PayNet) bersama Amazon Web Services (AWS) meraikan kejayaan kohort pertama Program Akar powered by AWS re/Start, sebuah inisiatif industri pertama di Malaysia yang melengkapkan pelajar dengan kemahiran digital bertaraf global untuk sektor Perkhidmatan Kewangan (FSI).

Program ini, yang dimulakan pada tahun 2024 dengan 100 pelajar, melatih 50 peserta pertama sehingga memperoleh Pensijilan AWS Cloud Practitioner pada Julai lalu. Selain kemahiran pengkomputeran awan, pelajar turut menerima pendedahan kepada pembayaran digital, laluan kerjaya khusus, dan bimbingan untuk peluang pekerjaan tetap. Kohort kedua dijangka bermula pada suku pertama 2025.

Program Akar ini direalisasikan melalui sokongan pelbagai pihak, World Education Placement Services (WEPS) sebagai penyelaras kurikulum. Manakala, Asia Pacific University (APU) menyediakan pelajar dari fakulti Teknologi dan Pengkomputeran dan Institusi FSI seperti Bank Negara Malaysia, Maybank, serta Bank Islam menawarkan pengalaman industri melalui latihan amali.

Jun Maria Tan Abdullah, Pengarah Kanan PayNet Akar, menekankan pentingnya kemahiran holistik, termasuk daya tahan dan kepimpinan, untuk melahirkan bakat pemimpin masa depan. Sementara itu, Pete Murray dari AWS Malaysia memuji usaha ini sebagai langkah signifikan dalam transformasi digital Malaysia, dengan lebih 100,000 rakyat Malaysia dilatih AWS sejak 2017.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025
  • Boost Lancar BoostMyMoney, Ciri Pelaburan Patuh Syariah
  • Instagram Bakal Perkenal Fungsi 'Reset' Algoritma Untuk Pengalaman Baharu
  • TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Sumber: Siaran media PayNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY