Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Bakal Perkenal Fungsi ‘Reset’ Algoritma Untuk Pengalaman Baharu

Instagram Bakal Perkenal Fungsi ‘Reset’ Algoritma Untuk Pengalaman Baharu

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Instagram kini sedang menguji fungsi baharu yang membolehkan pengguna untuk melakukan set semula (reset) algoritma mereka. Langkah ini memberikan peluang untuk memulakan semula apa yang dipaparkan dalam Explore, Reels, dan Feed pengguna, terutama bagi mereka yang rasa kandungan yang disyorkan tidak lagi relevan.

Untitled design (50)

Algoritma media sosial direka untuk memaparkan kandungan berdasarkan aktiviti dan akaun yang anda ikuti. Namun, algoritma sering terkesan oleh carian atau tontonan sesaat, menjadikan cadangan kandungan kurang sesuai untuk jangka masa panjang.

Bagi remaja, ini juga menjadi isu kritikal kerana mereka mungkin terdedah kepada kandungan negatif seperti teori konspirasi atau isu kesihatan mental.

Menurut Instagram, ciri ini membolehkan pengguna menyemak akaun dan topik iklan, menyemak siapa yang diikuti serta topik iklan yang berkait.

Dikhabarkan set semula kandungan bakal disyorkan di mana selepas ‘reset’, Instagram akan menyusun semula cadangan berdasarkan aktiviti baharu.

Ciri tersebut kini dalam fasa ujian dan dijangka dilancarkan secara global tidak lama lagi. Sebelum ini TikTok telah lama memperkenalkan fungsi serupa untuk For You Page mereka. Namun, platform lain seperti Facebook dan X masih ketinggalan dalam aspek ini.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Google Dilapor Sedang Bangunkan Komputer Riba Pixel
  • realme Pad 2 Lite Dijual Pada Harga RM899
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu
  • JPN Dalam Fasa Akhir Muktamad Perolehan Kad Pengenalan Generasi Baharu

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY