Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TECNO MEGA MINI Gaming G1

TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Diterbitkan November 20, 2024 oleh ariff bukhari

TECNO memperkenalkan MEGA MINI Gaming G1, PC kompak yang dilengkapi ciri penyejukan air terkecil di dunia dengan kad grafik diskret.

MEGA MINI Gaming G1 ini direka dengan binaan penjimatan ruang yang mempunyai rupa futuristik dengan sarung semua logam, cesi lutsinar dan pencahayaan RGB.

TECNO MEGA MINI Gaming G1
TECNO MEGA MINI Gaming G1 hanya berukuran 255 x150 x150mm tetapi menyediakan sistem penyejukan canggih dalam saiz padat.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i9-13900H yang menawarkan prestasi terbaik bersama visual berkualiti yang dipacu kad grafik NVIDIA GeForce RTX™ 4060.

Walaupun bersaiz kecil, tapi PC mini TECNO ini dilengkapi dengan 15 port untuk sambungan pelbagai peranti luar.

TECNO MEGA MINI Gaming G1

MEGA MINI Gaming G1 ini telah pun diperlihatkan di MWC 2024 lalu. Tetapi ia hanya dilancarkan secara rasmi pada awal September lepas di mana ia telah memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Produk Global 2024 di IFA 2024.

TECNO telah melancarkan TECNO MEGA MINI GAMING G1 ini yang dibangun dengan kerjasama Geekom, jenama yang terkenal dalam industri PC Mini di mana ia kini boleh didapati di laman Kickstarter https://bit.ly/KSMEGA dengan harga jualan bermula dari USD1,699 (~RM7,584).

Berkaitan

  • TECNO Pova 6 Neo Berharga RM699 - Helio G99 Ultimate, Bateri 7000mAh
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Siri vivo X200 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

Sumber: TECNO, PR Newswire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY