Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025

Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Tesla mengumumkan pelancaran Supercharger V4 yang lebih berkuasa pada tahun depan, yang menyokong pengecasan sehingga 500kW untuk kenderaan elektrik (EV) dan 1.2MW untuk trak komersial Tesla Semi. Stesen pengecas baharu ini sedang melalui proses kelulusan, dan dijangka beroperasi pada tahun 2025.

Supercharger V4 akan dilengkapi dengan kabinet kuasa baharu yang menyokong pengecasan lebih pantas, termasuk sokongan untuk Tesla Cybertruck dan EV dari pengeluar lain seperti Porsche, Hyundai, dan Kia. Kabinet ini boleh menyambungkan sehingga 8 stesen pengecas, menjadikannya lebih efisien untuk melayani lebih banyak kenderaan dalam satu masa.

Dengan pengecasan sehingga 500kW untuk EV dan 1.2MW untuk Tesla Semi, ia akan menawarkan pengalaman pengecasan yang jauh lebih pantas berbanding V3 Supercharger yang menyokong 250kW.

Selain prestasi yang lebih tinggi, V4 Supercharger akan datang dengan beberapa peningkatan fizikal, termasuk terminal pembayaran baharu, kord pengecas lebih panjang untuk memudahkan sambungan pada kenderaan lain tanpa menghalang tempat letak kereta tambahan, serta penyambung CCS yang tidak memerlukan penyesuai tambahan.

Ini akan memberi kemudahan lebih kepada pemilik EV dari pelbagai jenama yang sebelum ini mengalami pengecasan lebih perlahan pada stesen V3.

Dengan pelancaran V4 Supercharger ini, dilihat Tesla berharap untuk mengurangkan masa pengecasan dan memperluas rangkaian sokongan untuk lebih banyak kenderaan elektrik, membantu merevolusikan pengalaman pengecasan untuk pengguna EV di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Free Fire x Blue Lock Tersedia Sehingga 8 Disember Ini
  • Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan
  • Max Kini Boleh Diakses Melalui Astro GO, On Demand
  • IPD Petaling Jaya Terima Dron Berteknologi Tinggi Berharga RM60,000

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY