Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boost Lancar BoostMyMoney, Ciri Pelaburan Patuh Syariah

Boost Lancar BoostMyMoney, Ciri Pelaburan Patuh Syariah

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Boost kini memperkenalkan BoostMyMoney, ciri pelaburan unit amanah patuh Syariah yang inovatif hasil kerjasama dengan UOB Asset Management Malaysia (UOBAM).

Melalui platform ini, pengguna aplikasi Boost boleh melabur serendah RM1 dengan pulangan sehingga 3.82% p.a.tanpa tempoh berkunci. Ungku Liza, CEO Boost Life, berkata:

Kami ingin mendemokrasikan pelaburan dengan menjadikannya lebih mudah diakses dan mengganjarkan, terutamanya untuk golongan muda dan pelabur pemula

Ganjaran untuk pelaburan BoostMyMoney adalah satu-satunya platform di Malaysia yang memberikan Mata Ganjaran Boost untuk setiap ringgit yang dilaburkan. Ganjaran ini boleh ditebus melalui program kesetiaan BoostUP untuk penjimatan tambahan.

Pelaburan Mampu Milik dan Fleksibel dengan deposit minimum serendah RM1, pengguna boleh mula melabur tanpa risiko besar. Selain itu, dana patuh Syariah memastikan pelaburan selaras dengan prinsip tata kelola baik, mengecualikan sektor tidak halal atau tidak mesra alam.

Pengguna berpeluang menikmati pulangan sehingga 3.82% p.a, berdasarkan data September 2024. Kadar pulangan berubah mengikut keadaan pasaran, tetapi tanpa sebarang tempoh berkunci, pengguna bebas mengakses dana mereka pada bila-bila masa.

Selain itu, Pengguna juga boleh mengakses ciri BoostMyMoney di aplikasi Boost dengan proses mudah dengan menekan butang BoostMyMoney, lengkapkan proses pengesahan e-KYC dan mulakan pelaburan dengan deposit awal. Pengguna juga boleh menjejak pendapatan dan transaksi melalui aplikasi.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Google Dilapor Sedang Bangunkan Komputer Riba Pixel
  • TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember
  • Operasi 40% Pusat Data AI Diramal Akan Terganggu Menjelang 2027 - Gartner
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu

Sumber: Siaran media Boost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY