Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini – Gobind

Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini – Gobind

Diterbitkan September 5, 2024 ยท Dikemas kini September 5, 2024 oleh Amalina Athman

Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation dijangka akan mula beroperasi November ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo memaklumkan semasa mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, kerajaan telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan Pejabat AI Kebangsaan.

Gobind berkata salah satu fokus utama pejabat AI Kebangsaan adalah untuk merangka ekosistem yang memastikan Malaysia boleh menjadi hab AI di rantau ini.

Ini termasuk menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia untuk melihat Malaysia sebagai destinasi utama dalam pusat data dan ekosistem berkaitan. Dengan penubuhan pejabat AI Kebangsaan, Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kita menjadi peneraju dalam bidang ini di peringkat global.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan melihat kepentingan teknologi baharu dan keperluan untuk mempersiapkan negara dengan teknologi ini.

Berkaitan

  • Kementerian Digital Cadang Tubuh Suruhanjaya Data
  • Portal Fraud Kebangsaan Dilancarkan Untuk Perkukuh Operasi NSRC
  • Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Syarikat AI India Akan Labur ~RM4.3 Bilion Untuk Bangunkan Taman AI Dan Studio Filem AI Pertama Di Malaysia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY