Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gobind Singh Deo_ 29 Julai 2024

Kementerian Digital Cadang Tubuh Suruhanjaya Data

Diterbitkan Julai 30, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi membolehkan kerangka dan polisi yang mencukupi dapat dibangunkan untuk melindungi data rakyat serta menggalakkan penggunaan pusat data di dalam negara.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata bagi tujuan itu, pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Pindaan tersebut dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Mac atau pertengahan tahun depan, katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Digital Nasional Berhad (DNB) dan Cybersecurity Malaysia (CSM).

Beliau berkata teknologi baharu semakin bersandarkan kepada kecerdasan buatan (AI) dan kerajaan sedia maklum bahawa aspek yang paling penting untuk menjayakan industri ini adalah pusat data.

Justeru, kerajaan telah menumpukan usaha untuk membawa pelaburan besar khususnya pusat data dan sebagainya. Tambahnya lagi, Malaysia pada masa ini telah mempunyai Pesuruhjaya Data dan sebuah jawatankuasa.

Berkaitan

  • MCMC Akan Pastikan Harga 5G Di Bawah Rangkaian Kedua Kekal - Gobind

Sumber: AWANI

Gambar utama: Gobind Singh Deo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY