Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasukan petugas khas siber

Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini

Diterbitkan Ogos 26, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2024 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) akan mula berkuat kuasa hari ini, 26 Ogos 2024, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun lepas dan disiarkan dalam Warta pada 26 Jun.

YAB Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan siber juga telah menetapkan hari ini sebagai tarikh kuat kuasa dan disiarkan dalam Warta pada 22 Ogos 2024, bagi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 854 seperti berikut:

  1. Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Tempoh bagi Penilaian Risiko Keselamatan Siber dan Audit) 2024
  2. Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024
  3. Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024
  4. Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Akta 854 ini digubal bagi meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN), kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), fungsi dan kewajipan ketua sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) serta entiti NCII itu sendiri.

Selain itu, ia turut digubal untuk pengurusan ancaman dan insiden keselamatan siber terhadap NCII, mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan serta mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Berkaitan

  • Keselamatan Siber Malaysia Masih Lemah - PM Anwar
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022
  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Dibentang Oktober Ini

Sumber: Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri, via Bernama Radio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY