Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Tumpaskan 40 Sindiket Penipuan Dalam Talian

PDRM Tumpaskan 40 Sindiket Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas yang dijalankan bermula 25 November hingga 6 Disember lepas, dengan 63 serbuan dijalankan di pusat panggilan jenayah di seluruh negara.

Pengarah JSJK Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam serbuan itu seramai 426 individu telah ditahan, membabitkan 331 lelaki dan 95 wanita berusia antara 16 hingga 55 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 146 adalah warga tempatan, manakala bakinya ialah warga asing iaitu 224 warga China, Thailand (21), Indonesia (18), Nigeria (5), Pakistan (3), Zimbabwe (2), Ukraine (2) serta masing-masing seorang dari Kenya, Tajikistan, Taiwan, Guinea dan Syria.

Hasil siasatan mendedahkan, kesemua individu yang ditahan ini adalah daripada 40 kumpulan sindiket yang menjalankan aktiviti penipuan seperti pelaburan tidak wujud, tipu tawaran kerja, judi dalam talian, penipuan e-dagang, love scam, penipuan derma dan promosi video lucah.

Mengulas lanjut, Ramli berkata siasatan mendapati bahawa pusat panggilan itu tidak hanya menyasarkan mangsa tempatan, malah seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, India, Hong Kong, Taiwan, Trinidad dan Tobago, Indonesia, Thailand serta Vietnam.

PDRM Tumpaskan 40 Sindiket Penipuan Dalam Talian
PDRM Tumpaskan 40 Sindiket Penipuan Dalam Talian

Beliau memaklumkan siasatan setakat ini telah berjaya memperoleh pertuduhan terhadap 261 individu yang ditahan.

Sementara baki yang lain sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(C), 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63.

Berkaitan

  • PDRM Lumpuhkan Sindiket “Trojan Spymax", Pengguna Android Diminta Waspada Muat Turun Fail APK
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Polis Berpangkat Sarjan Ke Atas Kini Boleh Sekat Dan Rampas Transaksi Libatkan Kes 'Scam' Dalam Talian - Timbalan Menteri
  • PDRM, MCMC Kerjasama Tumpaskan Sindiket Sebar SMS Palsu Guna 'Fake BTS'

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY