Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2024_scam

Polis Berpangkat Sarjan Ke Atas Kini Boleh Sekat Dan Rampas Transaksi Libatkan Kes ‘Scam’ Dalam Talian – Timbalan Menteri

Diterbitkan November 19, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh ariff bukhari

Polis kini boleh menyekat atau merampas transaksi melibatkan dana yang disyaki berkaitan jenayah kewangan, termasuk akaun keldai, susulan pindaan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) yang berkuat kuasa pada 30 Oktober.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran kepada Dewan Rakyat dengan menjelaskan, pindaan tersebut memperkenalkan Seksyen 116D yang memberi kuasa kepada pegawai polis berpangkat Sarjan ke atas untuk menyekat atau merampas dana transaksi dalam akaun kewangan yang disyaki terlibat dalam jenayah, khususnya penipuan dalam talian.

Langkah ini bertujuan menghalang dana mangsa daripada dikeluarkan melalui akaun keldai.

Dalam tempoh Oktober 2022 hingga September 2023, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerima sejumlah 131,036 panggilan, termasuk 52,836 daripada mangsa scam, dengan kerugian dilaporkan sebanyak RM302.1 juta.

Berkaitan

  • Hati-Hati Dengan Cubaan 'Scam' Ambil Alih Akaun Gmail Ini
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Ini 10 Kata Laluan Yang Sangat Mudah Digodam Tapi Banyak Digunakan Pengguna Di Malaysia 

Sumber: The Star, YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY