Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setakat Ini Sudah 6 Suspek Telah Ditahan Kerana Menyebarkan Kandungan Palsu Mengenai Novel Coronavirus

PDRM Lumpuhkan Sindiket “Trojan Spymax”, Pengguna Android Diminta Waspada Muat Turun Fail APK

Diterbitkan Jun 16, 2024 · Dikemas kini Jun 18, 2024 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari memaklumkan pihak mereka melalui  Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah  berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan penahanan dua lelaki tempatan berumur 27 dan 48 dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor.

2 lelaki itu disyaki ahli sindiket “Trojan Spymax” yang terlibat secara langsung dengan sindiket penipuan di rantau Asia khususnya di Singapura dengan berperanan sebagai penjual malware (perisian hasad) dan pengurus sewaan server (pelayan) yang menempatkan fail APK tersebut.

“Hasil siasatan, sindiket ini menawarkan jualan produk dan perkhidmatan melalui media sosial Facebook, Instagram dan seumpamanya. Mangsa yang berminat untuk membeli produk akan diberikan pautan fail APK (android package kit) yang perlu dipasang (install) ke telefon mereka sebagai sebahagian daripada proses pembelian.

“Fail APK yang diberi merupakan perisian bersifat malicious dan ia boleh menggodam telefon mangsa seterusnya memberikan akses kepada sindiket penipuan untuk membaca one time password (otp) pada sistem pesanan ringkas, screen mirror, contact list, dan remote access kepada peranti milik mangsa,” Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan.

PDRM berkata, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama PDRM dan Polis Singapura selama hampir setahun dalam mengenal pasti, mengumpul dan mengesahkan identiti ahli-ahli sindiket yang berselindung di sebalik teknologi komputer dari beberapa negara berbeza.

Ekoran itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memasang sebarang perisian pada peranti pintar mereka.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • PDRM Bantu Polis Singapura Tahan 2 Lelaki Berkaitan Kes Penipuan Perisian Hasad Android Sasarkan Warga Singapura

Sumber: JSJK PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY