Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fake BTS_

PDRM, MCMC Kerjasama Tumpaskan Sindiket Sebar SMS Palsu Guna ‘Fake BTS’

Diterbitkan November 26, 2024 oleh Amalina Athman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyebaran SMS palsu dengan tujuan untuk menipu.

Dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pihak PDRM telah merampas sejumlah peranti serta kenderaan yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata empat individu yang ditahan merupakan ahli sindiket penipuan yang melakukan aktiviti penyebaran SMS palsu di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan teknologi Fake Base Transceiver Station (BTS).

Menerima gaji sebanyak RM300 sehari, tugas mereka adalah untuk membawa kenderaan yang dibekalkan sindiket bersama peranti ‘fake BTS’ ke kawasan tumpuan orang ramai. Setelah sampai di kawasan tersebut, mereka akan menghidupkan peranti yang kemudiannya secara automatik menyebarkan SMS palsu kepada nombor telefon individu yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Dengan menggunakan peranti tersebut, SMS yang dihantar akan kelihatan seperti SMS tulen dari penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang sah dan sekali gus mengelirukan mangsa.

PDRM, MCMC Kerjasama Tumpaskan Sindiket Sebar SMS Palsu Guna ‘Fake BTS’
PDRM, MCMC Kerjasama Tumpaskan Sindiket Sebar SMS Palsu Guna ‘Fake BTS’

Mengulas lanjut, beliau berkata sindiket itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sekurang-kurangnya 12 kes lain, melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM116,271.54. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Melalui penahanan sindiket itu, ia juga dipercayai telah menyelamatkan kira-kira 32,000 pengguna harian telekomunikasi di seluruh negara daripada ancaman penyebaran SMS palsu, yang berpotensi mengakibatkan kerugian wang ringgit kepada pengguna.

Berkaitan

  • MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu - JPJ
  • Lelaki China Ditahan Polis Bangkok Kerana Hantar 1 Juta Mesej SMS Palsu

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY