Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki China Ditahan Polis Bangkok Kerana Hantar 1 Juta Mesej SMS Palsu

Lelaki China Ditahan Polis Bangkok Kerana Hantar 1 Juta Mesej SMS Palsu

Diterbitkan November 26, 2024 oleh ariff bukhari

Minggu lalu, Polis Thailand menahan seorang lelaki Cina bernama Yang Muyi berusia 35 tahun selepas dia didakwa menghantar sejuta mesej teks SMS penipuan ke telefon jiran dengan memandu dalam van yang membawa pemancar radionya sendiri.

Yang didakwa menggunakan apa yang dipanggil “SMS blaster,” atau stesen pangkalan radio tersuai yang menyiarkan mesej SMS ke telefon yang boleh dikesan berdekatan sambil menggunakan isyarat telefon bimbit tempatan secara haram.

Vendor di Asia yang ada menjual peralatan itu, berkeupayaan menghantar mesej kecemasan sehingga 2 kilometer.

Yang menggunakan teknologi itu untuk tujuan penipuan.

 

Menurut Latro, sebuah syarikat yang pakar dalam menghentikan penipuan telekomunikasi menjelaskan, SMS Blasters atau stesen pangkalan palsu, bertindak sebagai rangkaian peribadi serba lengkap dan tidak bergantung pada rangkaian rumah 2G atau 3G.

SMS blaster yang digunakan suspek itu merangkumi beberapa telefon pintar, penghala Wi-Fi dan stesen janakuasa mudah alih 8,000 watt yang dipasang di dalam van.

Dalam tempoh tiga hari, peralatan itu telah menghantar sejuta mesej teks SMS palsu menawarkan ganjaran kepada penerima untuk menipu mereka mengklik pautan berniat jahat.

Antara contoh mesej tersebut adalah, ‘9,268 mata anda akan tamat tempoh! Tuntut hadiah anda sekarang!’ telah dihantar secara meluas kepada pengguna Perkhidmatan Maklumat Lanjutan (AIS) di Jalan Sukhumvit di Bangkok.

Sebelum ini iaitu pada awal tahun ini, seorang remaja berusia 19 tahun dilaporkan ditangkap di New Zealand kerana menggunakan SMS blaster untuk menghantar mesej teks penipuan yang kononnya dihantar oleh bank tempatan.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Polis Berpangkat Sarjan Ke Atas Kini Boleh Sekat Dan Rampas Transaksi Libatkan Kes 'Scam' Dalam Talian - Timbalan Menteri
  • Ini 10 Aplikasi Terbaik 2024 Diiktiraf Google Play Store

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY