Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pasport Malaysia_wisermy

Pasport, MyKad Berwajah Baharu Bakal Diperkenal Suku Kedua Tahun Ini – Ciri Keselamatan Dipertingkat

Diterbitkan Januari 8, 2026 ยท Dikemas kini Januari 8, 2026 oleh Amalina Athman

Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Memetik laporan Bernama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengenalan dokumen baharu itu merupakan pencapaian penting, terutamanya ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia.

Menurut beliau, ciri keselamatan baharu dibangunkan untuk meningkatkan integriti pasport dan MyKad, sejajar dengan keperluan memperbaharui dokumen keselamatan negara selepas tempoh penggunaan tertentu.

Proses pembaharuan akan melibatkan penyediaan spesifikasi pengguna oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau menjelaskan kerajaan akan memaklumkan kepada orang ramai lebih awal sebelum pelaksanaan, bagi mengelakkan rakyat berpusu-pusu atau berebut mendapatkan pasport atau MyKad baharu.

“Pakai sahaja dokumen sedia ada sehingga tamat tempoh. Bila sampai masa untuk penukaran barulah ditetapkan. Tarikh pelaksanaan, ciri-ciri serta pengumuman lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan penambahbaikan pasport dan MyKad bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya bertujuan memastikan ciri keselamatan dipertingkat bagi mengelakkan isu pemalsuan.

Berkaitan

  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026
  • Pendaftaran Perkahwinan, Pembaharuan Pasport Kelak Perlukan MyDigital ID
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY