Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad pengenalan MyKad2_featured image wiserMY 28082025

MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR – Diperkenal Mulai Jun 2026

Diterbitkan November 27, 2025 · Dikemas kini November 27, 2025 oleh Amalina Athman

MyKad generasi baharu bakal dilengkapi ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk kod QR yang membolehkan ketulenan kad disemak secara digital.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penambahbaikan ini bertujuan menangani isu pemalsuan dan penyalahgunaan identiti, selain memastikan sistem pengenalan negara selari dengan perkembangan teknologi terkini.

“Dalam hal ini, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dalam kad pengenalan tersebut antara lain meliputi kod QR MyKad yang berfungsi sebagai pengesan secara digital bahawa kad pengenalan tersebut adalah tulen,” katanya di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar turut memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan kontrak pembekalan baharu untuk MyKad, MyTentera dan MyPoca, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa memastikan setiap pindaan pada kad pengenalan dibuat dengan teliti termasuk dari segi kesahihan rekod. Buat masa ini, pindaan permohonan butiran pada kad pengenalan masih boleh dilaksanakan, tertakluk kepada jenis butiran yang telah dipinda.

Berkaitan

  • MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata
  • RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September – Guna MyKad, e-Dompet TNG Atau Aplikasi Stesen Minyak
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY