Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 – Fahmi

Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 – Fahmi

Diterbitkan November 26, 2025 · Dikemas kini Januari 26, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan menyasarkan semua platform media sosial melaksanakan pengesahan  elektronik Know-Your-Customer (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026 bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diminta mengadakan sesi libat urus dengan semua platform media sosial dan memberikan tempoh munasabah untuk melaksanakan langkah itu.

Tempoh munasabah ini mengambil kira apa yang telah berjaya dilaksanakan di negara lain, termasuk Australia dan sekiranya platform boleh memanfaatkan mekanisme yang serupa ataupun hampir serupa, maka itu mungkin memudah ataupun mempercepat proses pelaksanaan.

Fahmi berkata mekanisme itu turut merangkumi proses pembekuan akaun untuk kes pengguna bawah 16 tahun serta kaedah pengaktifan semula apabila mencapai umur yang ditetapkan.

Selain itu, pelaksanaan eKYC juga akan melibatkan penggunaan dokumen pengenalan diri seperti pasport, MyKad dan MyDigital ID untuk tujuan pengesahan identiti pengguna media sosial.

Beliau menjelaskan bahawa langkah ini penting bagi memastikan kanak-kanak bawah 16 tahun tidak menggunakan platform media sosial, selain membantu membanteras kegiatan penipuan dan judi dalam talian yang banyak bergantung pada akaun palsu.

Proses eKYC membolehkan identiti pengguna disahkan dengan lebih tepat.

Berkaitan

  • Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID
  • MCMC Akan Bincang Pelaksanaan eKYC Dengan Platform Media Sosial - Fahmi
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Kerajaan Sasar Larangan Akaun Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Bermula 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY