Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SkyDance Paramount WBD_01

Paramount Selesai Ambil Alih Warner Bros. Discovery – Kini Bergabung Di Bawah ‘Skydance’

Diterbitkan Oktober 7, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 7, 2026 oleh Amalina Athman

Paramount kini mengumumkan syarikat itu telah menyelesaikan pengambilalihan Warner Bros. Discovery (WBD) bernilai $110 bilion, sekali gus membentuk sebuah syarikat gabungan baharu bernama Skydance.

Pengumuman tersebut dibuat selepas transaksi berkenaan menerima semua kelulusan kawal selia yang diperlukan. Susulan penyelesaian transaksi itu, saham WBD tidak lagi didagangkan di Nasdaq, manakala saham Kelas B Skydance mula didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol ticker “SKYD”‘.

Penggabungan ini meletakkan dua studio filem utama bersama pelbagai aset televisyen, penstriman dan berita di bawah satu syarikat. Antaranya termasuk Paramount Pictures, Warner Bros. Pictures, HBO, Paramount+, HBO Max, CBS News dan CNN, serta CBS Sports dan TNT Sports, selain rangkaian kabel serta portfolio kandungan dan francais milik kedua-dua syarikat.

Dari segi pengeluaran kandungan, Skydance menyatakan ia akan meneruskan komitmen sekurang-kurangnya 30 filem untuk tayangan pawagam setiap tahun, dengan setiap filem mempunyai tempoh tayangan pawagam minimum 45 hari. Syarikat itu juga kini mempunyai lebih 180 rancangan televisyen dan siri dalam portfolionya.

Bagi perkhidmatan penstriman pula, Skydance berkata produk penstriman terus kepada pengguna akan menerima penambahbaikan ketara dan disatukan menjadi satu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhan, penggabungan ini menyatukan pelbagai aset media, kandungan dan hiburan Paramount serta Warner Bros. Discovery di bawah satu syarikat, menjadikan Skydance sebuah pemain media dan hiburan dengan skala operasi yang jauh lebih besar.

Berkaitan

  • Paramount Akhirnya Bakal Ambil Alih Warner Bros. Discovery
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HBO Max, Paramount+ Bakal Digabung Dalam Satu Platform Penstriman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY