Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HBO Max Paramount+_image wiser_1

HBO Max, Paramount+ Bakal Digabung Dalam Satu Platform Penstriman

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh Amalina Athman

CEO Paramount Skydance, David Ellison, menyatakan hasrat untuk menggabungkan Paramount+ dan HBO Max dalam satu platform sekiranya proses pengambilalihan Warner Bros. Discovery diluluskan pihak pengawal selia.

Ellison memaklumkan gabungan tersebut berpotensi mewujudkan sekitar 200 juta pelanggan berdasarkan jumlah sedia ada bagi kedua-dua perkhidmatan. Namun begitu, beliau menegaskan “HBO perlu kekal sebagai HBO” dan beroperasi secara bebas.

Menurut laporan CNBC yang memetik sumber dalaman, jenama HBO berkemungkinan akan beroperasi sebagai sub-jenama di bawah perkhidmatan penstriman yang lebih besar itu.

Perkembangan ini hadir selepas Paramount mencapai perjanjian untuk mengambil alih Warner Bros. Discovery dalam transaksi yang dianggarkan bernilai AS$110 bilion.

Buat masa ini, semua perancangan masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Jika dimuktamadkan, gabungan Paramount+ dan HBO Max berpotensi menjadi antara platform penstriman terbesar dari segi jumlah pelanggan global, yang bakal menyatukan pelbagai aset filem, televisyen dan berita di bawah satu entiti korporat.

Langkah ini juga dilihat berpotensi mengubah landskap Hollywood seperti yang dikenali hari ini.

Berkaitan

  • 'Bundle' HBO Max, Viu Kini Tersedia - Harga RM33.90/Bulan
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • HBO Max Akan Perketat Perkongsian Kata Laluan Di Seluruh Dunia Mulai Tahun Ini
  • Paramount Akhirnya Bakal Ambil Alih Warner Bros. Discovery

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
©2026 WISER.MY