Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Key Visual – OPPO Find X10 Pro Max Chipset

OPPO Sahkan Find X10 Pro Max Guna Cip 2nm MediaTek Dimensity 9600 Pro

Diterbitkan September 15, 2026 · Dikemas kini September 15, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO mengesahkan Find X10 Pro Max akan menjadi antara telefon pintar terawal yang menggunakan cip flagship MediaTek Dimensity 9600 Pro, selain bakal dilancarkan untuk pasaran global.

Dibina menggunakan proses N2P 2nm TSMC, MediaTek Dimensity 9600 Pro menawarkan peningkatan ketara dari segi prestasi dan kecekapan kuasa. Berbanding generasi sebelumnya, cip ini hadir dengan peningkatan sehingga 61% dalam kecekapan tenaga CPU multi-teras.

Cip ini masih menggunakan seni bina All-Big-Core MediaTek, tetapi hadir dengan konfigurasi baharu yang menampilkan dua teras C2-Ultra berkelajuan 4.55GHz dan enam teras prestasi. Konfigurasi tersebut memberikan peningkatan prestasi keseluruhan sebanyak 17%, manakala kawalan frekuensi secara berasingan bagi setiap teras membolehkan beban kerja dijadualkan dengan lebih tepat.

Key Visual – OPPO Find X10 Pro Max Chipset

Untuk grafik pula, Dimensity 9600 Pro menggunakan GPU G2-Ultra NX yang membawa peningkatan pada ray tracing serta keupayaan neural graphics baharu. Di bawah tugasan berat yang berterusan, prestasinya dikatakan meningkat sekitar 27%.

Keupayaan AI pada peranti turut dipertingkatkan menerusi reka bentuk dwi-NPU yang menggabungkan NPU berprestasi tinggi dengan Super-Efficient NPU. NPU berprestasi tinggi menawarkan prestasi LLM prefill 51% lebih pantas, manakala Super-Efficient NPU pula 40% lebih cekap tenaga.

Find X10 Pro Max turut menjadi model pertama OPPO yang memperkenalkan OPPO Laminar Flow Engine, hasil pembangunan bersama OPPO dan MediaTek. Dengan menyusun semula seni bina rendering dan menyelarasnya dengan lebih rapat bersama penjadualan sistem, teknologi ini dikatakan mampu mencapai keseimbangan lebih baik antara respons sistem yang sangat lancar dan penggunaan kuasa yang rendah.

Ia juga membantu mempercepatkan pembukaan aplikasi serta mengekalkan pemuatan kandungan yang lancar dan stabil ketika melakukan tugasan yang lebih mencabar, termasuk ketika menyemak foto dengan pantas.

Maklumat lanjut mengenai OPPO Find X10 Pro Max dan ciri lain yang dibawanya akan didedahkan pada pelancaran global akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OPPO Reno16 Kini Hadir Dengan Varian 512GB, Harga RM3,499
  • OPPO Atasi Pesaing Telefon Pintar Lain Di Malaysia Bagi Suku Ke-2 2026 
  • Siri OPPO A7 Pro 5G Bakal Tiba Di Malaysia Dengan Bateri Sehingga 10,000mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY