Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno16_512GB

OPPO Reno16 Kini Hadir Dengan Varian 512GB, Harga RM3,499

Diterbitkan Julai 29, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO kini mengumumkan penambahan baharu dalam barisan siri Reno16 menerusi varian 12GB RAM + 512GB storan yang dijual pada harga RM3,499.

Varian baharu ini hadir dalam pilihan warna Twilight Violet dan Pop White. Bersempena pelancarannya, OPPO turut menawarkan rebat RM200, Kotak Hadiah Eksklusif Siri Reno16 serta pelan perlindungan skrin selama setahun bagi setiap pembelian yang dibuat sehingga 16 Ogos 2026.

OPPO Pingu_

Siri Reno16 menampilkan rekaan 3D Pop Planet untuk warna Pop White, yang menggunakan teknologi HoloVerse 3D bagi menghasilkan kesan visual seakan planet terapung pada panel belakang peranti.

Dari segi fotografi, telefon ini turut dilengkapi sistem kamera Ultra-Clear bersama beberapa ciri AI seperti Pop Cam, AI Flash Photography 3.0, AI Remix Collage dan AI Motion Photo Popout 2.0, serta menghimpunkan alat penyuntingan dalam tab Create untuk akses yang lebih mudah.

Selain memperkenalkan varian baharu, OPPO turut mengumumkan kolaborasi bersama watak kartun Pingu. Menerusi kolaborasi ini, pelanggan yang membeli OPPO Bubble akan menerima sarung Pingu Bubble edisi khas selagi stok masih ada.

Berkaitan

  • OPPO Malaysia Lancar OPPO Studio, Hab Pengalaman Fotografi Pertama Di Malaysia
  • Siri OPPO Reno16 Rasmi, Harga Bermula RM1,899
  • OPPO Enco Air5s & Air5, Fon Telinga Dengan Ciri ANC Pada Harga Mampu Milik
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY