Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Key Visual – A70 Pro Series

Siri OPPO A7 Pro 5G Bakal Tiba Di Malaysia Dengan Bateri Sehingga 10,000mAh

Diterbitkan September 14, 2026 · Dikemas kini September 14, 2026 oleh Amalina Athman

Siri OPPO A7 Pro bakal memasuki pasaran Malaysia dengan dua model baharu, iaitu OPPO A7 Pro 5G dan A7 Pro Max 5G. Kedua-duanya dilengkapi kamera 50MP, manakala A7 Pro Max membawa bateri berkapasiti sehingga 10,000mAh.

OPPO A7 Pro Max 5G_07
OPPO A7 Pro 5G_04

Untuk kamera hadapan, siri ini menggunakan Kamera Swafoto Ultra Lebar AI Zoom 50MP dengan sudut pandangan 100°. Ciri AI Auto Wide-Angle Switch pula boleh melaraskan sudut antara 1x dan 0.6x secara automatik bagi memuatkan lebih ramai orang dalam satu gambar.

Di bahagian belakang, kamera utama turut menggunakan sensor 50MP berukuran 1/2 inci yang menurut OPPO mampu menangkap 70% lebih banyak cahaya berbanding generasi sebelumnya. Ia turut disokong AI Night Mode dengan RAW Super Night.

Battery Durability – 6 Years Durable 10000mAh

Dari segi bateri, A7 Pro 5G dilengkapi kapasiti 8,000mAh dengan pengecasan 45W SUPERVOOC, manakala A7 Pro Max 5G membawa bateri 10,000mAh dengan pengecasan 80W SUPERVOOC. Kedua-dua model turut menyokong Reverse Wired Charging.

OPPO menyatakan A7 Pro 5G menyokong sehingga 27.97 jam navigasi, sementara A7 Pro Max menawarkan sehingga 30.9 jam navigasi Google Maps, 14.7 jam panggilan video WhatsApp dan 15 jam permainan MLBB dengan satu pengecasan.

Di Malaysia, OPPO akan mengadakan Acara Pengalaman Produk Siri OPPO A7 Pro 5G pada 19 September 2026 di OPPO Brand Store terpilih.

A7 Pro 5G kini turut dibuka untuk prapesan menerusi OPPO Online Store. Dari 11 hingga 18 September 2026, pembeli terawal boleh mendapatkan Deal Pack bernilai RM629 pada harga RM50, selain rebat RM100 untuk A7 Pro dan RM200 untuk A7 Pro Max, tertakluk kepada terma dan syarat.

Key Visual – Early Bird Promo

Buat masa ini, OPPO masih belum mengumumkan harga jualan rasmi A7 Pro 5G dan A7 Pro Max 5G untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OPPO Reno16 Kini Hadir Dengan Varian 512GB, Harga RM3,499
  • OPPO Lancar Kemas Kini Terbaru ColorOS 16 Dengan Sejumlah Ciri Baharu
  • OPPO Atasi Pesaing Telefon Pintar Lain Di Malaysia Bagi Suku Ke-2 2026 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY