Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno16 Series

OPPO Atasi Pesaing Telefon Pintar Lain Di Malaysia Bagi Suku Ke-2 2026 

Diterbitkan Ogos 28, 2026 · Dikemas kini Ogos 28, 2026 oleh ariff bukhari

Laporan terbaharu Omdia bagi suku kedua 2026  menunjukkan corak persaingan sengit dalam pasaran telefon pintar di Malaysia di sebalik trend kenaikan harga peranti di peringkat rantau.

Peningkatan kos komponen memori telah mendorong inflasi harga jualan, sekali gus mengurangkan kuantiti penghantaran peranti, sekali gus menyaksikan menyaksikan pasaran telefon pintar di Asia Tenggara merudum ke Paras terendah dalam tempoh 12 tahun.

Walau bagaimanapun, Malaysia kekal sebagai pasaran yang berdaya tahan dengan peralihan ketara pengeluar ke arah penawaran nilai tinggi.

Di Malaysia, OPPO berjaya merebut kedudukan teratas dengan menguasai 19% pasaran peranti, mengatasi pesaing lain. 

OPPO Find N6
OPPO setakat ini sudah pun melancarkan barisan produk baharu menarik mereka seperti Siri Reno 16, FindX9s, kemas kini pada ColorOS 16, dan fon telinga Enco Air5s.
OPPO Reno16 512GB
OPPO Reno16.
OPPO Bubble
Kkolaborasi bersama artis KPOP, BABYMONSTER turut memberi kejayaan pada OPPO.

Penyesuaian strategi syarikat itu dengan menumpukan kepada peranti segmen pertengahan berkeupayaan tinggi ternyata membuahkan hasil, meskipun jenama ini mengurangkan penawaran model kelas permulaan pada harga mampu milik secara drastik.

Southeast_Asia_smartphone_shipment_market_share_2Q_2026 3
Southeast_Asia_smartphone_shipment_market_share_2Q_2026 4
Malah OPPO juga menguasai pasaran telefon pintar di Thailan pada suku ke-2 2026 ini.

Mengekori rapat di tangga kedua dan ketiga ialah Xiaomi dan Samsung, masing-masing memegang 16% pasaran. 

Penyesuaian harga pada siri popular seperti Samsung Galaxy A dan Redmi Note membolehkan kedua-dua jenama ini mengekalkan pegangan pasaran yang kukuh dalam kalangan pengguna tempatan.

Sementara itu, kedudukan lima teratas disempurnakan oleh HONOR dan vivo yang berkongsi syer pasaran seimbang pada kadar 13% setiap satu.

Pertumbuhan berterusan segmen pertengahan di Malaysia membuktikan pengguna tempatan kini lebih mengutamakan spesifikasi dan ketahanan berbanding mencari peranti paling murah semata-mata.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Pasaran Telefon Pintar Di Asia Tenggara Merudum Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 12 Tahun
  • Peralihan Permainan Dari CD Ke Format Digital Didakwa Demi Keuntungan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY