Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
COS17 KV_01

OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global – Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan

Diterbitkan Oktober 13, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO secara rasmi memperkenalkan ColorOS 17, generasi terbaharu sistem operasi mudah alihnya yang membawa reka bentuk antara muka baharu, peningkatan prestasi dan lebih banyak ciri kecerdasan buatan (AI).

ColorOS 17 akan diperkenalkan terlebih dahulu pada siri OPPO Find X10 yang bakal dilancarkan sebelum kemas kini diberikan secara berperingkat kepada lebih banyak peranti OPPO.

OPPO AI

ColorOS 17 memperluas keupayaan OPPO AI dengan ciri AI berasaskan ejen pada peringkat sistem. Ciri ini bukan sahaja direka untuk menjawab soalan, malah membantu pengguna menyelesaikan tugasan yang kompleks.

Antara ciri utama ialah AI Mind Pilot dengan Agent Mode, yang boleh mencari dan menyusun fail, menamakan semula fail berdasarkan kandungan dan tarikh, serta menghasilkan itinerari perjalanan menggunakan maklumat yang disimpan dalam peranti.

AI Mind Pilot

AI Photo Agent pula membolehkan pengguna menyunting foto menggunakan arahan bahasa semula jadi atau meniru gaya visual daripada gambar rujukan. Sementara itu, AI Mind Space boleh menyusun dokumen dan pautan video yang disimpan menjadi koleksi serta ringkasan yang mudah dicari.

AI Photo Agent

ColorOS 17 turut menawarkan AI Mind Suggest untuk memaparkan maklumat dan peringatan yang bersesuaian, manakala OSee menyediakan fungsi seperti pengecaman objek, carian maklumat, analisis pemakanan dan terjemahan melalui kamera.

Prestasi Lebih Lancar

Dari segi prestasi, OPPO mendakwa ColorOS 17 boleh mengurangkan beban pemaparan grafik sehingga 30% dan penggunaan RAM untuk pemaparan sehingga 25% berbanding generasi sebelumnya dalam senario tertentu.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/13174554/Smooth_UI.mp4

Laminar Flow Engine yang dinaik taraf turut meningkatkan kestabilan pelancaran aplikasi sebanyak 55%, manakala imej kecil (thumbnail) dalam Gallery boleh dimuatkan sehingga 50% lebih pantas ketika pertama kali dibuka berbanding ColorOS 16.

Dalam ujian yang mensimulasikan penggunaan selama enam tahun, OPPO mendakwa sistem operasi ini mampu mengekalkan lebih 90% daripada tahap kelancaran asalnya walaupun storan mencapai 90% kapasiti.

Ciri Keselamatan AI Dipertingkatkan

ColorOS 17 turut memperkenalkan AI Call Guard untuk mengesan potensi penipuan panggilan, termasuk penggunaan suara sintetik dan pertukaran wajah menggunakan AI. Ciri ini menggunakan pengesanan AI pada peranti dan tersedia di Indonesia, India dan Thailand.

AI Call Guard

OPPO juga memperkenalkan Transparency Report yang membolehkan pengguna menyemak penggunaan perkhidmatan AI dan operasi yang dilakukan. Bagi pemprosesan AI berasaskan awan, Private Computing Cloud menggunakan penyulitan hujung ke hujung untuk melindungi data pengguna.

Ketersediaan

ColorOS 17 akan dilancarkan terlebih dahulu pada siri OPPO Find X10, dengan kemas kini kepada peranti lain akan diberikan secara berperingkat.

senarai telefon terima kemas kini OPPO ColorOS 17

Maklumat lanjut mengenai kemas kini ColorOS 17 boleh dirujuk melalui laman rasmi ColorOS.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • OPPO ColorOS 17 Rasmi, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Kemas Kini Bermula 8 Oktober 2026
  • Siri OPPO A7 Pro 5G Dengan Bateri Sehingga 10,000mAh Rasmi, Harga Bermula RM1,699
  • Siri OPPO Find X10 Bakal Dilancar Di Malaysia 22 Oktober, Kamera 200MP Dan Bateri 8,000mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY