Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X10 Series Official Announcement KV

Siri OPPO Find X10 Bakal Dilancar Di Malaysia 22 Oktober, Kamera 200MP Dan Bateri 8,000mAh

Diterbitkan Oktober 8, 2026 oleh Amsyar Latif

OPPO mengesahkan siri telefon pintar andalan terbaharunya, siri OPPO Find X10, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 22 Oktober 2026.

Siri ini merangkumi dua model, iaitu OPPO Find X10 dan Find X10 Pro Max, yang menawarkan peningkatan dari segi kamera, prestasi serta kapasiti bateri.

Dari aspek fotografi, OPPO Find X10 hadir dengan sistem dwi-kamera 200MP, manakala Find X10 Pro Max dilengkapi tiga kamera 200MP untuk lensa utama, ultra lebar dan telefoto.

Menurut OPPO, Find X10 Pro Max merupakan telefon pintar pertama dalam industri yang menggunakan sensor 200MP pada ketiga-tiga kamera tersebut.

Kedua-dua model turut dilengkapi teknologi LUMO True Image Engine generasi baharu yang dibangunkan untuk menghasilkan gambar dengan warna lebih tepat dan tona semula jadi.

Siri OPPO Find X10 Bakal Dilancar Di Malaysia 22 Oktober, Kamera 200MP Dan Bateri 8,000mAh
Siri OPPO Find X10 Bakal Dilancar Di Malaysia 22 Oktober, Kamera 200MP Dan Bateri 8,000mAh

Bagi rakaman video, Find X10 Pro Max menyokong rakaman sehingga 4K 120fps dan 8K 30fps pada ketiga-tiga kamera belakang. Keupayaan sama turut ditawarkan pada kedua-dua kamera 200MP Find X10.

Selain itu, siri ini memperkenalkan fungsi Open Gate Capture yang memberikan lebih fleksibiliti untuk mengubah komposisi video ketika proses penyuntingan.

Dari segi prestasi, Find X10 menggunakan cip MediaTek Dimensity 9600M, sementara Find X10 Pro Max dikuasakan cip Dimensity 9600 Pro berasaskan proses 2nm.

Kedua-duanya turut dilengkapi bateri silikon-karbon berkapasiti 8,000mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan biasa.

Siri Find X10 juga menjalankan ColorOS 17 dengan ciri AI Mind Pilot dan Agent Mode bagi membantu pengguna melaksanakan tugasan melalui arahan AI.

Find X10 Promo KV

Buat masa ini, pratempahan siri OPPO Find X10 telah dibuka sehingga 29 Oktober, dengan ganjaran pelancaran bernilai sehingga RM4,771 serta rebat tukar beli tambahan sehingga RM800.

Harga rasmi dan maklumat ketersediaan untuk pasaran Malaysia akan diumumkan pada acara pelancaran 22 Oktober ini.

Berkaitan

  • OPPO ColorOS 17 Rasmi, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Kemas Kini Bermula 8 Oktober 2026
  • Siri OPPO A7 Pro 5G Dengan Bateri Sehingga 10,000mAh Rasmi, Harga Bermula RM1,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY