Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
appo a7 pro

Siri OPPO A7 Pro 5G Dengan Bateri Sehingga 10,000mAh Rasmi, Harga Bermula RM1,699

Diterbitkan September 19, 2026 · Dikemas kini September 18, 2026 oleh ariff bukhari

OPPO kini secara rasminya memperkenalkan A7 Pro dan A7 Pro Max 5G, telefon pintar baharu dengan kelancaran jangka panjang dan keupayaan AI pintar.

Dikuasakan oleh cip 6nm MediaTek Dimensity 6360 MAX Mobile Platform (A7 Pro) dan 4nm Snapdragon 4 Gen 5 Mobile Platform (A7 Pro Max 5G), siri ini menjanjikan prestasi stabil dengan perlindungan kelancaran selama enam tahun, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mahukan ketahanan dan kecekapan maksimum.

OPPO A7 Pro Series_KV
Peranti ini menggabungkan cip NetworkBoost S1 untuk sambungan rangkaian yang sentiasa stabil tanpa gangguan bersama AI LinkBoost 4.0 dengan AI GameBoost 3.0 serta Glacier VC Vapour Chamber seluas 4,300mm².

Reka bentuk A7 Pro 5G dan A7 Pro Max 5G yang elegan dengan paparan AMOLED 120Hz Ultra Bright yang masing-masing bersaiz 6.57 inci dan  6.78, menyampaikan visual yang tajam dan responsif walaupun di bawah cahaya terang.

Dari aspek kapasiti bateri, A7 Pro dimuatkan dengan bateri besar 8000mAh,  manakala A7 Pro Max dengan bateri 10,000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari tanpa kompromi terhadap prestasi.

Dari segi fotografi pula, OPPO menampilkan kamera swafoto AI Ultra-Wide 50MP, tapi lengkap dengan ciri penstabilan imej OIS, hanya tersedia pada model A7 Pro Max 5G.

OPPO A7 Pro 5G_1
OPPO A7 Pro Max 5G_1

OPPO A7 Pro Series 5G tersedia di Malaysia dalam 3 varian dengan masing masing berharga:

  • OPPO A7 Pro 5G (6GB + 256GB) – RM1,699
  • OPPO A7 Pro 5G (8GB + 256GB) – RM1,899
  • OPPO A7 Pro Max 5G (8GB + 256GB) – RM2,499

Beli Siri OPPO A7 Pro 5G dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clny1jc
  • Lazada – https://invl.me/clny1ja

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini
  • OPPO ColorOS 17 Rasmi, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Kemas Kini Bermula 8 Oktober 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY