Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO x manus (1)

OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO kini mengumumkan kerjasama dengan platform ejen kecerdasan buatan (AI), Manus, untuk membawa keupayaan AI berasaskan ejen ke telefon pintarnya.

Menerusi kerjasama ini, keupayaan AI Manus akan diintegrasikan ke dalam Agent Mode baharu pada AI Mind Pilot, yang bakal diperkenalkan pada siri OPPO Find X10 dengan ColorOS 17.

Berbeza daripada AI yang sekadar menjawab soalan, AI Mind Pilot direka untuk memahami matlamat pengguna, memecahkan tugasan kepada beberapa langkah dan melaksanakan tugasan sehingga menghasilkan sesuatu yang boleh terus digunakan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/13190615/AI-Mind-Pilot-%E2%80%93-Itinerary-Planning.mp4

Sebagai contoh, pengguna boleh meminta AI Mind Pilot menyusun itinerari perjalanan. AI ini boleh mengumpulkan butiran tiket penerbangan, tempahan hotel dan restoran serta tiket tarikan pelancong daripada pelbagai aplikasi dalam telefon. Maklumat tersebut kemudiannya digabungkan dengan maklumat berkaitan dari internet untuk menghasilkan itinerari yang diperibadikan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/13190550/AI-Mind-Pilot-%E2%80%93-Photo-Organization.mp4

Pengguna tidak perlu mengumpulkan maklumat daripada setiap aplikasi dan memuat naiknya secara manual. AI Mind Pilot juga boleh membantu mencari serta menyusun foto daripada sesuatu perjalanan, mengenal pasti imej tertentu dan menggabungkan fail sedia ada dengan maklumat dalam talian untuk menghasilkan pembentangan, cadangan atau portfolio hanya melalui satu arahan.

Dari segi privasi, OPPO menyatakan ColorOS 17 menggunakan model AI pada peranti untuk memahami dan menyusun maklumat secara lokal. Bagi tugasan seperti mencari, menyusun atau menamakan semula fail dan foto, kandungan asal kekal pada peranti dan tidak dikongsi dengan Manus.

Jika sesuatu tugasan memerlukan pemprosesan luaran, AI Mind Pilot akan meminta pengesahan pengguna sebelum kandungan berkaitan dimuat naik atau dikongsi. Pengguna juga mempunyai kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses, tindakan yang diambil dan kebenaran untuk pemprosesan luaran.

ColorOS 17 🤝 @ManusAI

We're delighted to work with industry-leading agent models to deliver a top-tier, on-device AI experience.#OPPOColorOS17 #OPPOAI #OPPOFindX10Series pic.twitter.com/5ty3SyWAk1

— ColorOS (@colorosglobal) October 12, 2026

Keupayaan AI yang dikuasakan oleh Manus ini akan diperkenalkan pada siri OPPO Find X10 dengan ColorOS 17. Maklumat lanjut mengenai ketersediaan, pasaran yang disokong dan manfaat kepada pengguna akan diumumkan semasa pelancaran.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri OPPO Find X10 Bakal Dilancar Di Malaysia 22 Oktober, Kamera 200MP Dan Bateri 8,000mAh
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY