Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO Find X9 Pro VS vivo X300 Pro: Kamera Mana Yang Best?

Posted on November 26, 2025

Kamera OPPO Find X9 Pro dan vivo X300 Pro telah pun diuji dengan menjalankan Street Photography. Apa keistimewaan yang mampu kedua sistem kamera ini berikan kepada anda? Mari kita lihat perbandingannya.

OPPO Find X9 Pro didatangkan dengan 50MP untuk kamera utama, 50MP untuk kamera Ultra-Wide, 200MP untuk kamera telefoto dengan kolaborasi Hasselblad bagi memberikan hasil gambar yang jelas semasa zoom, dan 2MP untuk Monochrome Sensor iaitu lensa khas untuk gambar hitam putih.

vivo X300 Pro yang berkolaborasi bersama ZEISS hadir dengan 50MP Gimbal-Grade untuk kamera utama, 200MP kamera Telefoto APO, 50MP untuk kamera Ultra-Wide dan 50MP untuk kamera swafoto. (Lihat skor vivo X300 Pro di SINI)

Kualiti Gambar

Untuk kamera utama, kualiti gambar dari OPPO Find X9 Pro ini tidak jauh beza dengan model terdahulu. vivo X300 Pro yang menggunakan Pro Imaging Chip VS1 ini pula memberikan hasil gambar yang lebih baik berbanding model terdahulu.

Terdapat peningkatan pada OIS dan kestabilan untuk kamera Telefoto vivo X300 Pro terutamanya apabila anda zoom lebih jauh jika dibandingkan dengan vivo X200 Pro.

OIS Telefoto pada OPPO Find X9 Pro pula agak sukar untuk distabilkan. Jika anda menggunakan zoom yang maksimum pula hasil gambar mungkin akan kelihatan seperti kartun kerana penggunaan AI yang berlebihan untuk meningkatkan kualiti gambar.

Seterusnya, kamera potret pada vivo X300 Pro mempunyai HDR yang tinggi kerana adanya sensor yang besar. Ia dapat mencapai keseimbangan dan menjadikan semua elemen dalam gambar dapat wujud dengan harmoni.

OPPO Find X9 Pro pula mempunyai Sistem Lumo yang menjadikan gambar lebih kemas kecuali untuk detail terlalu kecil atau nipis yang sukar untuk dikesan.

OPPO Find X9 Pro mampu mengekalkan pencahayaan mengikut situasi gambar. Sebagai contoh, pencahayaan kekal malap untuk gambar low light. Memberikan ketepatan dalam shadow intensity serta kontras yang cantik.

vivo X300 Pro pula bijak dalam menyeimbangkan pencahayaan latar belakang dalam hasil gambar. Dalam low light setting, vivo mampu mendapatkan gambar subjek yang jelas. Namun untuk talaan warna, ia memerlukan penambahbaikan dari segi ketepatan warna.

Kualiti Video

OPPO Find X9 Pro menggunakan talaan warna daripada Hasselblad yang sedap mata memandang. Ia mewujudkan hasil dalam pencahayaan malap yang memuaskan dengan mengekalkan warna yang natural.

vivo X300 Pro mempunyai ZEISS Gimbal Stabilization siap dengan pengiktirafan CIPA 5.5, untuk mengelakkan gegaran pada rakaman anda dengan sokongan EIS serta OIS. Begitu juga dengan OPPO Find X9 Pro. Ciri ini memberikan kualiti video yang stabil walaupun tidak dirakam sambil menggunakan gimbal.

Ciri autofocus yang terdapat pada vivo X300 Pro ini juga tiada masalah seperti focus breathing atau focus hunting. Stage Mode 2.0 pula membolehkan anda merakam dua angle secara serentak. Ciri ini sangat sesuai digunakan untuk merakam konsert.

Untuk rakaman slow motion pula, OPPO Find X9 Pro memberikan hasil yang jelas. Tetapi, rakaman ini memerlukan cahaya yang cukup kerana jika rakam dalam keadaan gelap, noise pada rakaman akan cepat naik.

Ulasan berserta hasil gambar dan video yang lebih terperinci boleh diketahui dengan menonton video di bawah.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress