vivo X300 Pro muncul sebagai salah satu telefon pintar flagship paling berani tahun ini.
Mana tidaknya, vivo secara terangan menyatakan ketegasan mereka untuk menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik di dunia.
Fokus utama mereka pada fotografi profesional dan prestasi jangka panjang diterjemahkan menerusi model terbaru flagship mereka iaitu X300 Pro.
Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi sebuah peranti dengan “kamera profesional” yang muat di dalam poket.
200MP ZEISS APO Telephoto Camera
Bahagian kamera menjadi tarikan utama telefon ini.
X300 Pro dilengkapi 200MP ZEISS APO Telephoto Camera yang mampu menghasilkan imej tajam serta warna terang.
Ia dipertingkatkan lagi dengan ciri kestabilan setara gimbal sebenar menerusi lensa kamera 50MP ZEISS Gimbal-Grade.
Ini sekali gus menjadikan rakaman lebih stabil walaupun dalam keadaan bergerak.
Tambahan pula, kamera ultra lebar 50MP nya dan kamera hadapan 50MP melengkapkan sistem fotografi premium X300 Pro.
Bahagian video juga tidak ketinggalan. Telefon ini menyokong rakaman 4K 120fps Dolby Vision HDR, lengkap dengan stabilisasi profesional dan rakaman 10-bit Log untuk fleksibiliti suntingan.
Untuk menguasakan sepenuhnya keupayaan kamera berprestasi tinggi ini dibnatu oleh 2 cip pemproses khas.
vivo memuatkan cip pemprosesan profesional VS1 yang digabungkan lagi dengan cip V3+ bagi meningkatkan kualiti gambar dan menyampaikan kuasa pemprosesan bagi imej.
Tapi, apa yang menjadikan kamera X300 Pro lebih berkuasa adalah sokongan aksesori tambahan vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit.
Kit tambahan ini direka khusus untuk siri X300 yang menampilkan port Type-C untuk pemasangan dan sambungan yang mudah serta menambahkan lagi gaya seperti seorang jurufoto profesional.

Kit ini hadir dengan beberapa aksesori utama termasuklah lensa telefoto ZEISS 2.35x, cincin penyesuai 62mm, grip kamera dengan bateri 2300mAh, butang pengatup dua tahap, kawalan zum, dial kawalan dan butang rakaman video
Lensa telefoto ini menukar kamera 85mm kepada 200mm optikal, dengan pilihan zum digital sehingga 1600mm.
Berbeza dengan X200 Ultra, kit ini boleh digunakan terus dalam semua mod kamera seperti Potret, Malam dan Video tanpa perlu masuk ke mod khas.
Grip yang disambung melalui USB-C bukan sahaja menambah kawalan, malah boleh mengecas telefon. Rekaan baharu casing lebih stabil dan mudah dipasang.

Kesimpulan
Dengan spesifikasi yang begitu berkuasa, vivo X300 Pro bukanlah sebuah telefon pintar amatur.
Cirinya yang dipertingkat dengan aksesori tambahan bagi kamera serta penawaran originOS 6 baharu, ia sekali gus membawa pembaharuan besar yang sesuai untuk pengguna yang mahukan telefon pintar dengan kemampuan fotografi profesional dan kuasa pemprosesan yang berprestasi tinggi.
vivo X300 Pro hanya ditawarkan dalam varian 16GB+512GB pada harga RM4,699. Untuk aksesori ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit nya pula, ia boleh dibeli secara berasingan dengan diskaun sebanyak 30% apabila dibeli bersama siri X300.
Beli vivo X300 Pro dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/cln3aev
- Lazada – https://invl.me/cln3aes
{suggest}





