Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find N6

OPPO Find N6 Dilancarkan – Snapdragon 8 Elite Gen 5, 16GB RAM, Harga RM8,699

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 18, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO secara rasmi hari ini mengumumkan pelancaran global OPPO Find N6, telefon lipat flagship pertama di dunia dengan ‘Zero-Feel Crease’.

Find N6 menampilkan saiz skrin 6.62-inci AMOLED FHD+ untuk skrin hadapan dan 8.12-inci AMOLED QXGA+ di dalam. Kedua-dua paparan menyokong kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz dan kecerahan maksimum sehingga 1,800 nits.

OPPO Find N6_Stellar Titanium & Blossom Orange

Ketebalan juga sama seperti Find N5, tetapi engselnya direka semula. Ia kini menggunakan rekaan Engsel Flexion Titanium Generasi ke-2 yang dibangunkan dengan teknologi 3D Liquid Printing pertama dalam industri, mengurangkan variasi ketinggian engsel dari 0.2mm kepada 0.05mm.

OPPO Find N6_3D Liquid Printing
3D Liquid Printing
OPPO Find N6_Auto-Smoothing Flex Glass
AutoSmoothing Flex Glass

Digabungkan dengan AutoSmoothing Flex Glass, Find N6 mampu mengurangkan pembentukan kesan lipatan jangka panjang sehingga 82% dan telah disahkan oleh TÜV Rheinland akan kekal rata walaupun selepas 600,000 lipatan.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan bersama 16GB RAM LPPDDR5X dan 512GB storan berasaskan UFS 4.1.

Sistem Kamera Hasselblad Master baharu menampilkan kamera utama 200MP, 50MP ultra lebar dan 50MP telefoto periskop 3x dengan fungsi tele-makro. Sensor True Color membolehkan warna semula jadi, manakala mod Hasselblad Portrait dan Master memberikan kawalan manual dan kesan bokeh profesional.

Kamera hadapan di bahagian dalam dan luar masing-masing dilengkapi sensor 20MP.

OPPO Find N6_01

Peranti ini juga menyokong rakaman video 4K 60fps Dolby Vision pada semua lensa belakang, 4K 120fps Dolby Vision pada kamera utama, dan sokongan Log untuk penyuntingan warna profesional.

Bagi menghidupkan peranti, OPPO Find N6 dibekalkan bateri silikon-karbon 6,00mAh dengan sokongan pengecasan 80W SuperVOOC dan 50W AirVOOC.

OPPO Find N6_03

Find N6 menjalankan ColorOS 16 yang dioptimumkan untuk telefon lipat, dengan sokongan pelbagai ciri AI seperti AI Mind Space, AI Recording dan AI Motion Photo Popout. OPPO AI Pen menyokong 4,096 tahap tekanan untuk pengalaman menulis yang tepat pada kedua-dua skrin, serta fungsi Quick Note, Global Annotation, Laser Pointer, Circle to Capture, AI Chart dan AI Image.

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC serta penarafan kalis air dan habuk IP56, IP58 dan IP59.

Harga dan ketersediaan

OPPO Find N6 akan dijual di Malaysia bermula 20 Mac 2026 pada harga RM8,699 untuk versi 16GB + 512GB. Dua pilihan warna tersedia iaitu Blossom Orange dan Stellar Titanium.

Find N6 Price + Preorder KV

Pelanggan yang membuat prapesan sebelum tarikh jualan rasmi berpeluang menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,297 termasuk OPPO Watch S atau LeFant M320 Robot Vacuum Cleaner, Kit OPPO AI Pen dan keistimewaan ahli My OPPO. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi OPPO.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OPPO Find X9 Ultra Sah Bakal Dilancar Untuk Pasaran Global
  • Pengguna OPPO Kelak Boleh Kongsi Fail Dengan iPhone Lebih Mudah
  • OPPO Find N6 Bakal Hadir Dengan AI Pen Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY