OPPO secara rasmi memperkenalkan Find N5, telefon pintar lipat dengan rekaan paling nipis di dunia dalam kategori book-style. Dengan reka bentuk premium, prestasi tinggi, dan teknologi inovatif, Find N5 menetapkan standard baharu dalam dunia telefon lipat.
Find N5 hadir dengan ketebalan hanya 8.93mm apabila dilipat dan 4.21mm apabila dibuka sepenuhnya, menjadikannya antara peranti paling nipis yang pernah dihasilkan. Dengan berat hanya 229g, ia lebih ringan berbanding kebanyakan telefon lipat di pasaran.
Skrin utama 8.12 inci OLED LTPO dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman paparan yang luas dan lancar. Manakala, skrin luar 6.62 inci OLED LTPO memastikan pengguna boleh mengakses telefon dengan mudah tanpa perlu membuka lipatan.
Kedua-dua skrin menyokong HDR10+ dan Dolby Vision, dengan tahap kecerahan maksimum mencapai 2,100 nits untuk skrin utama dan 2,450 nits untuk skrin luar.
Dari segi ketahanan, Find N5 dibina dengan rangka aluminium gred 7000, yang 30% lebih kuat daripada generasi sebelumnya. Ia juga menggunakan Titanium Flexion Hinge, yang lebih kukuh dan lebih kecil berbanding engsel telefon lipat lain. Telefon ini turut menerima penarafan IPX6, IPX8, dan IPX9 untuk ketahanan air, sesuatu yang jarang ditemui pada peranti lipat.
Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Elite, Find N5 menawarkan peningkatan prestasi sehingga 45% lebih pantas berbanding model sebelumnya. Ia dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan UFS 4.0, memastikan pengalaman pengguna yang pantas dan responsif.
Dari segi ketahanan bateri, Find N5 menggunakan bateri silikon-karbon 5,600mAh, menjadikannya telefon lipat dengan kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya. Ia menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, yang boleh mengecas penuh dalam masa kurang 50 minit, serta 50W AIRVOOC untuk pengecasan tanpa wayar.
OPPO Find N5 menampilkan sistem kamera utama Hasselblad, dengan sensor utama 50MP Sony LYT-700, kamera ultra lebar 8MP, dan telefoto 50MP dengan zum optikal 3x. Kamera hadapan pula beresolusi 8MP untuk kedua-dua skrin. Teknologi AI Telescope Zoom membolehkan pengguna menangkap gambar pada jarak jauh dengan lebih jelas, manakala ciri Lightning Snap memastikan setiap detik dirakam dengan pantas dan tepat.
Harga dan ketersediaan
Prapesan OPPO Find N5 sudah pun boleh dilakukan sehingga 27 Februari sudah boleh dibeli pada harga RM7,999 melalui pengedar sah OPPO, Shopee dan juga Lazada.
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clm0mm0
Lazada – https://invol.co/clm0mm2
{suggest}