Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find N6

OPPO Find N6 Bakal Hadir Dengan AI Pen Baharu

Diterbitkan Mac 13, 2026 · Dikemas kini Mac 13, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO bekerjasama dengan Google Cloud untuk meningkatkan pengalaman produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada OPPO Find N6 yang akan dilancarkan minggu depan.

Melalui kerjasama ini, OPPO akan memperkenalkan stylus baharu OPPO AI Pen yang dilengkapi ciri AI Chart dan AI Image dengan menggunakan keupayaan AI daripada Google Cloud.

Dengan AI Chart, pengguna hanya perlu menekan butang sisi pada AI Pen dan membulatkan nota tulisan tangan untuk menukarkannya kepada jadual digital yang kemas dan boleh disunting. Ciri ini dibangunkan menggunakan model AI Gemini 2.5 Pro.

Selain itu, OPPO AI Pen turut menyokong ciri AI Image yang menggunakan model penjanaan imej Nano Banana. Melaluinya, lakaran ringkas boleh ditukar menjadi imej yang lebih terperinci.

Dalam pada itu, OPPO turut bekerjasama dengan Google untuk membawa keserasian Android Quick Share dengan AirDrop. Dalam beberapa minggu akan datang, pengguna Find N6 boleh berkongsi fail terus ke peranti Apple tanpa memerlukan aplikasi tambahan, menjadikan sambungan antara ekosistem lebih mudah.

Kesemua ciri ini akan diintegrasikan sepenuhnya dalam ColorOS 16 pada OPPO Find N6.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • OPPO Find X9 Ultra Sah Bakal Dilancar Untuk Pasaran Global
  • Pengguna OPPO Kelak Boleh Kongsi Fail Dengan iPhone Lebih Mudah
  • OPPO Sahkan Pelancaran Telefon Lipat Find N6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY