Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X9 Ultra Coming Soon KV

OPPO Find X9 Ultra Sah Bakal Dilancar Untuk Pasaran Global

Diterbitkan Mac 4, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

OPPO hari ini mengesahkan model flagship terbarunya, OPPO Find X9 Ultra, akan membuat kemunculan global lewat tahun ini. Ini juga menandakan kali pertama model Ultra diperluaskan ke pasaran luar China.

Menurut OPPO, pelancaran global Find X9 Ultra mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran global.

Sistem pengimejan Find X9 Ultra dibangunkan bersama Hasselblad dan ia mengintegrasikan sistem pengimejan paling canggih yang pernah dibangunkan OPPO untuk sebuah telefon pintar.

Find X9 Ultra Coming Soon KV

OPPO meletakkan Find X9 Ultra sebagai peranti “Built to Be Your Next Camera” dan direka untuk menawarkan prestasi pengimejan bertaraf profesional dalam bentuk telefon pintar flagship.

“Pada tahun 2026, banyak peranti akan membawa label ‘Ultra’. Kami percaya gelaran itu perlu diperoleh. Dengan Find X9 Ultra, kami menetapkan penanda aras baharu untuk pengimejan mudah alih,” kata CEO OPPO Eropah Elvis Zhou.

Maklumat lanjut, termasuk spesifikasi penuh serta ketersediaan, dijangka diumumkan secara berperingkat menjelang pelancaran rasminya.

Berkaitan

  • Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi - 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699
  • OPPO Find X9 Pro VS vivo X300 Pro: Kamera Mana Yang Best?
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY