Find N2 Flip dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000+ yang dipadankan memori 8GB LPDDR5 bersama-sama storan sebesar 256GB UFS 3.1.

Tampil sedikit kelainan, telefon tersebut mempunyai skrin sekunder atau skrin bahagian luar yang besar, iaitu seluas 3.28" dengan resolusi 382x720. Sementara bagi skrin utamanya adalah seluas 6.8" beresolusi 1080x2520. Ia menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, HDR10+ dan kecerahan maksimum 1600 nits.

Tidak dilupakan kamera, hadir dengan dua tetapan lensa belakang yang mana 50MP utama (Sony IMX890) dengan OIS serta 8MP ultra lebar. 32MP (Sony IMX709) pula ditugaskan lensa swafoto. Tambahan lagi, ia turut dilengkapi cip pemproses imej MariSilicon X dan juga Hasselblad.
Bekalan bateri sebesar 4300mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W SuperVOOC. Lain-lain adalah termasuk sokongan NFC, Bluetooth 5.3, dwi-SIM, eSIM, 5G, menjalankan ColorOS 13.0 berasaskan Android 13 serta kemas kini Android selama 4 tahun dan sekuriti 5 tahun.

OPPO Find N2 Flip dipasarkan pada harga RM3999 di Malaysia. Menarik? Anda boleh ketahui reaksi awal kami mengenainya di SINI.
{suggest}
Berkaitan
- OPPO Find X3 Pecah Rekod Skor AnTuTu Tertinggi
- OPPO Find X2 Pro Hadir Dengan Warna Green Vegan Leather - Percuma OPPO Watch Dengan Harga RM5,399
- Kemaskini OPPO ColorOS 11 Berdasarkan Android 11 Akan Dilancarkan Minggu Depan
- Mungkin Ini Spesifikasi Telefon Boleh Lipat OPPO, Pesaing Galaxy Z Fold3
- OPPO Telah Menguji Sistem Dua Kamera Utama Guna Sensor Sony
- OPPO Reno5 5G Kini Boleh Di Pra-Tempah - Percuma Hadiah Bernilai RM397
- OPPO Reno5 Pro+ Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 865
- OPPO Reno6 Dengan Rekaan Baharu Diperkenalkan
- Ini Ciri-Ciri Terbaharu Yang Terdapat Pada ColorOS 11 OPPO
- OPPO Dijangka Akan Melancarkan Telefon Gaming