OPPO Reno8 T 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1,799, Versi 4G Pula RM1,399

OPPO Malaysia baru saja merasmikan siri Reno 8T untuk pasaran Malaysia. OPPO Reno 8T 5G dijual pada harga RM1,799 manakala Reno 8T 4G pula RM1,399.

Keluar dari kotak, kedua-dua model beroperasi dengan ColorOS 13.

OPPO Reno 8T 5G




Ia menggunakan cip Snapdragon 695 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan 256GB.

RAM maya padanya boleh ditingkatkan sehingga 8GB, menjadikan keseluruhan RAM sebesar 16GB.

Skrin melengkung 3D padanya ialah daripada jenis AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar 120Hz menjadi pelengkap telefon ini. Ia mempunyai nisbah badan ke skrin setinggi 93%.



Melalui sistem AI Adaptive Eye Protection, PWM setinggi 2160Hz padanya pula akan mengurangkan keletihan mata menghadap skrin kerana kecerahan skrin akan dilaraskan automatik pada keadaan pencahayaan sekeliling.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi pembesar suara stereo selain ciri 200% Ultra Volume Mode.



Tiga lensa di belakang terdiri daripada 108MP utama, 2MP kedalaman, 2MP makro. Swafotonya pula 32MP.

Kapasiti baterinya ialah sebesar 4800mAh dan menyokong SuperVOOC 67W. Ia dapat memenuhkan bateri dalam masa 44 minit.



Dengan teknologi Battery Health Engine, OPPO berkata ia mampu mengekalkan prestasi bateri pada tahap terbaik walaupun sesudah 4 tahun penggunaan.

Dua warna tersedia ialah Sunrise Gold dan Midnight Black.

Anda sudah boleh pratempahnya hingga 10 Februari dengan pelbagai hadiah. seperti Enco Buds2, perlindungan skrin 12 bulan, waranti lanjutan 12 bulan, kotak ekslusif Lee Zi Jia.

OPPO Reno 8T 4G




Siri ini turut hadir dengan sebuah lagi model yang tidak menyokong 5G dengan spesifikasi sedikit rendah. Ia dijana MediaTek Helio G99.

Ia dijual pada harga RM1,399 untuk konfigurasi RAM dan storan yang sama dengan versi 5G iaitu 8/256GB.



Skrinnya sebesar 6.43 inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Nisbah skrin ke badan pula 90.8% dengan kadar segar hanya setinggi 90Hz.

Lubang pada paparan hadapan terletak di bucu atas kiri berbanding tengah pada model 5G.



kKameranya 100MP utama, 2MP kedalaman dan 2MP makro. Kamera swafotonya masih 32MP.



Tapi, baterinya lebih besar iaitu 5000mAh walaupun dengan pengecasan SuperVOOC hanya setakat 33W.

Ia tersedia dalam 2 pilihan warna iaitu Sunset Orang dan Midnight Black. Spesifikasi lebih lanjut boleh didapati di laman web OPPO.

{suggest}