Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo find n2 flip global widescreen 2

OPPO Find N2 Flip Rasmi Bagi Pasaran Global, Guna Dimensity 9000+ Dan Kamera Hasselblad 50MP

Diterbitkan Februari 16, 2023 · Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

OPPO telah melancarkan N2 Flip untuk pasaran global secara rasmi beberapa jam lalu. Ia merupakan telefon boleh lipat clamshell seperti Z Flip. Apa ditawarkannya?

oppo find n2 flip global 1

N2 Flip dikuasakan cip pemprosesan Dimensity 9000+ dan mempunyai padanan RAM LPDDR5 dan ROM UFS3.1 setinggi 8/256GB. Berbeza daripada pasaran China yang turut mempunyai sehingga 16GB RAM dan 512GB ROM.

oppo find n2 flip (2)

Dengan lipatan menegak, telefon ini hadir dengan skrin luaran OLED bersaiz 3.26 inci dengan kadar segar 30-60Hz bersama resolusi 382 x 720px.

oppo find n2 flip features 1

Skrin dalaman pula menggunakan panel AMOLED LTPO berukuran 6.8 inci dengan kadar segar 1-120Hz. Sokongan HDR10+ turut disertakan di samping mempunyai liputan 97% DCI-P3 dalam mod vivid.

oppo find n2 flip global widescreen 1

Dua unit kamera di belakang terdiri daripada sensor 50MP (Sony IMX890) dan 8MP sudut lebar (112°). Lensa 32MP (Sony IMX709) pula dijadikan kamera swafoto.

oppo find n2 flip global widescreen 3

Menariknya, ia menggunakan sistem kamera Hasselblad dan turut dibantu cip MariSilicon X.

Telefon ini dimuatkan dengan bateri sebesar 4,300mAh dengan sokongan pengecasan maksimum 44W.

oppo find n2 flip features 3

Keluar dari kotak, ia terus menjalankan ColorOS 13 dengan Android 13.

Dalam perasmian juga, OPPO mengumumkan jaminan bahawa N2 Flip akan menerima 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun keselamatan.

coloros 13 find 2

Ia dijual pada harga £849 di UK iaitu ~RM4,505 manakala €1,099 di Perancis dan Portugal iaitu ~RM5,183, kalau ikut kadar tukaran semasa artikel ini dikarang.

oppo find n2 flip features 2

Apakah ia akan tersedia untuk pasaran tempatan? Kami boleh katakan ya, ia akan dijual di Malaysia dalam bulan hadapan. Harganya mungkin anda boleh letakkan minimum RM4,500 memandangkan itu harga jualannya di UK.

Berkaitan

  • OPPO Find N2 Dan Find N2 Flip Dilancarkan, Bakal Saingi Z Fold Dan Z Flip
  • (Ulasan) OPPO Find N2 - Sayang Seribu Kali Sayang, Lipatanmu Kekal Terbayang
  • OPPO Find N2 Flip Bakal Dilancarkan 15 Februari Ini Di London
  • Carl Pei Buat 'Review' OnePlus 11, Baru Sedar Kenapa Pengguna Mahu OxygenOS Yang Lama

Terdahulu, kami berpeluang menggunakan OPPO Find N2 iaitu pesaing pada Z Fold selama sekitar seminggu. Ulasan penuhnya boleh dibaca di SINI.

Sumber: OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY