Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenSys Perkenal PalmWav – Sistem Pembayaran Melalui Imbasan Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

OpenSys Perkenal PalmWav – Sistem Pembayaran Melalui Imbasan Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Disember 1, 2025 · Dikemas kini Disember 1, 2025 oleh Amalina Athman

OpenSys Technologies, anak syarikat OpenSys, hari ini memperkenalkan PalmWav, sebuah prototaip sistem pembayaran baharu yang menggunakan teknologi pengecaman tapak tangan untuk membolehkan transaksi dilakukan tanpa sebarang peranti.

Menurut OpenSys Technologies, sistem ini menunjukkan keupayaannya beroperasi dengan infrastruktur pembayaran sedia ada di Malaysia, termasuk rangkaian MyDebit di bawah PayNet.

Melalui teknologi ini, pengguna boleh membuat pembayaran hanya dengan mengimbas tapak tangan, sebagai pelengkap kepada kaedah pembayaran sedia ada seperti telefon pintar, kad fizikal dan dompet.

(L-R)_ Denis Koay – Group Chief Commercial Officer, OpenSys (M) Berhad; Eric Li – Tencent Cloud Director of AI Global Commercialization; Wong Siew Pooi – Co-CEO, OpenSys Technologies Sdn Bhd.

Dikuasakan inovasi AI Tencent Cloud, PalmWav menjana “tandatangan tapak tangan” unik bagi setiap pengguna. Sistem ini mengesahkan identiti dalam beberapa saat, selaras dengan piawaian privasi dan keselamatan tertinggi.

Proses pendaftaran juga mudah. Pengguna boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih PalmWav, kemudian melengkapkan pengesahan sekali sahaja di kedai rakan niaga terpilih. Selepas berjaya didaftarkan, pembayaran boleh dibuat dengan mengimbas tapak tangan pada pembaca PalmWav.

Selain kemudahan, PalmWav turut dilengkapi ciri keselamatan siber bertaraf perusahaan. Semua data dan transaksi disulitkan hujung ke hujung, diperkukuh melalui tokenisasi pembayaran serta pemantauan penipuan masa nyata.

PalmWav™ 1

Buat masa ini, PalmWav dipertontonkan terlebih dahulu melalui sesi dalaman kepada warga kerja OpenSys dan rakan kongsi terpilih, selain demonstrasi langsung di lokasi perintis seperti Kom.Fi Café di Kuala Lumpur dan Bread Maison di Petaling Jaya, sebelum dilancarkan kepada umum.

Melalui projek perintis ini, OpenSys Technologies ingin meneroka bagaimana teknologi biometrik boleh menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih mudah dan pantas dan intuitif. Syarikat tersebut akan terus menilai penggunaan pembayaran berasaskan tapak tangan dalam pelbagai sektor untuk mengkaji potensinya bagi aplikasi dunia sebenar pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pelajar UMPSA Cipta Sistem Pintar Kurangkan Risiko Kecurian Motosikal
  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026
  • Penguatkuasaan Penuh Sistem Akses Kenderaan Di KLIA Bermula Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY