Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KL International Airport_

Penguatkuasaan Penuh Sistem Akses Kenderaan Di KLIA Bermula Hari Ini

Diterbitkan Disember 1, 2025 · Dikemas kini Disember 3, 2025 oleh Amalina Athman

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini memulakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) selepas tempoh percubaan selama tiga bulan merekodkan pengurangan ketara dalam kesesakan di kawasan tepi jalan.

VAMS menggunakan Pembaca Nombor Pendaftaran Kenderaan (LPR) untuk merekodkan masa setiap kenderaan masuk dengan tepat sebelum secara automatik mengira tempoh keberadaan semasa keluar.

Kenderaan diberikan tempoh tangguh atau kelonggaran selama 10 minit dan selepas itu, denda antara RM10 hingga jumlah maksimum RM100 dikenakan, bergantung kepada tempoh melebihi had. Pembayaran boleh dibuat melalui Touch ‘n Go, kad kredit atau MyDebit.

Bagi pemandu yang perlu menunggu lebih lama, beberapa alternatif disediakan termasuk Tempat Letak Kereta Jangka Pendek dengan 15 minit parkir percuma, Tempat Letak Kereta Jangka Panjang dengan 30 minit parkir percuma dan Kawasan Menunggu Awam KLIA, iaitu zon menunggu percuma yang ditetapkan.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berkata tempoh percubaan itu berjaya mengubah tingkah laku pemandu, dengan jumlah kenderaan berhenti melebihi tempoh 10 minit di lorong menurunkan dan mengambil penumpang berkurangan daripada 50% kepada 21%.

Data daripada tempoh percubaan menunjukkan bahawa situasi kesesakan di kawasan tepi jalan bertambah baik apabila kenderaan mematuhi had 10 minit. Kebanyakan pengguna di KLIA mematuhi peraturan itu dan dengan penguatkuasaan penuh di Terminal 1 bermula hari ini, kami ingin memastikan akses lebih teratur.

Beliau menambah penguatkuasaan penuh ini penting bagi memastikan aliran trafik lebih lancar, terutamanya menjelang musim perjalanan hujung tahun dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Berkaitan

  • KLIA Uji Sistem Akses Kenderaan Baharu, Ada Had Masa 10 Minit
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Integrasi MyDigital ID Dalam Aplikasi Telco Bermula Hari Ini
  • EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY