Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar UMPSA Cipta Sistem Pintar Kurangkan Risiko Kecurian Motosikal

Pelajar UMPSA Cipta Sistem Pintar Kurangkan Risiko Kecurian Motosikal

Diterbitkan November 24, 2025 · Dikemas kini November 24, 2025 oleh ariff bukhari

Kesedaran terhadap isu kecurian motosikal telah mendorong pelajar Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Muhammad Syahir Mohamed Salim (21) untuk membangunkan sistem keselamatan pintar yang dinamakan Intelligent Keyless Motorcycle Access Security System.

Inovasi ini membolehkan pemilik mengakses motosikal menggunakan telefon pintar dan kad RFID, serta menjejak keberadaan kenderaan secara masa nyata.

“Melalui pembangunan sistem ini, pengguna dapat mengakses motosikal menggunakan telefon pintar serta menjejak keberadaan kenderaan secara masa nyata,” katanya.

Pelajar UMPSA cipta sistem keselamatan motosikal pintar kurangkan risiko kecurian-1
Idea kajian ini bermula hasil perbincangan bersama penyelia beliau iaitu pensyarah FK, Ts. Dr. Kohbalan a/l Moorthy.

Projek ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pembangunan sistem untuk berinteraksi dengan motosikal serta bahagian elektronik menggunakan komponen seperti Arduino, LED, buzzer dan RFID.

Bahagian elektronik ini dibimbing secara khusus oleh Ts. Dr. Azlee yang membantu memastikan projek dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.

“Ketika motosikal dihidupkan, LED hijau menyala dan buzzer berbunyi sebagai isyarat pengaktifan, manakala apabila motosikal dimatikan, LED merah menyala semula dan buzzer berbunyi bagi mengesahkan sistem telah berhenti.”

Projek ini bermula pada tahun 2023 ketika beliau menamatkan Diploma Sains Komputer dan siap sepenuhnya pada Jun 2024 dengan kos sekitar RM1,000.

Hasilnya, inovasi ini telah meraih pingat perak di iCE-Cinno 2024 serta pingat emas dan Most Impactful ICT Award di CITREX 2025.

Pelajar UMPSA cipta sistem keselamatan motosikal pintar kurangkan risiko kecurian

Muhammad Syahir menyasarkan penambahbaikan seperti perkongsian kad akses melalui telefon pintar, integrasi GPS dan kawalan jauh.

Beliau berharap sistem ini dapat dikomersialkan serta memberi impak positif kepada masyarakat dalam usaha memperkukuh keselamatan motosikal di Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • UTM Kekal Universiti No.1 Malaysia Dalam 'Interdisciplinary Science'
  • KPDN Lancar Aplikasi ezTTPM, Mudahkan Pengguna Fail Tuntutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY