Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Uji Ciri ‘Group Chat’ ChatGPT – Kini Tersedia Di 4 Negara

OpenAI Uji Ciri ‘Group Chat’ ChatGPT – Kini Tersedia Di 4 Negara

Diterbitkan November 14, 2025 · Dikemas kini November 14, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini mula menguji ciri ‘group chat’ atau sembang berkumpulan di beberapa pasaran terpilih.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna bekerjasama antara satu sama lain dalam ChatGPT. Pengguna boleh menjemput rakan, keluarga atau rakan sekerja ke ruang perbualan yang sama untuk merancang aktiviti, membuat keputusan atau berkongsi idea.

Ia berfungsi hampir sama seperti perbualan ChatGPT biasa, bezanya pengguna lain boleh turut serta dalam perbualan. Jawapan diberikan oleh GPT-5.1 Auto, yang secara automatik memilih model paling sesuai berdasarkan mesej yang dihantar dan pelan ChatGPT pengguna.

OpenAI Uji Ciri ‘Group Chat’ ChatGPT – Kini Tersedia Di 4 Negara

Menurut OpenAI, perbualan berkumpulan ini adalah berasingan daripada perbualan peribadi, dan memori peribadi ChatGPT tidak akan dikongsi dengan sesiapa dalam sembang tersebut.

Buat masa ini, ciri sembang berkumpulan diperkenalkan secara ujian untuk pengguna ChatGPT pelan Free, Go, Plus dan Pro di Jepun, New Zealand, Korea Selatan serta Taiwan, sama ada melalui peranti mudah alih atau web.

Group chats in ChatGPT are now piloting in Japan, New Zealand, South Korea, and Taiwan.

A new way to collaborate with friends, family, or coworkers and ChatGPT in the same conversation. pic.twitter.com/UQKhqjcnQQ

— OpenAI (@OpenAI) November 14, 2025

OpenAI melihat ujian awal ini sebagai langkah pertama untuk membolehkan pengalaman berkongsi di ChatGPT. Maklum balas pengguna awal akan membantu syarikat itu merancang untuk memperluas ke lebih banyak negara dan pelan ChatGPT.

Berkaitan

  • OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri - ChatGPT Atlas
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • OpenAI Perkenal Aplikasi Sora Untuk Android
  • OpenAI Lancar GPT-5.1 - ChatGPT Kini Lebih Pintar, Mesra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY