Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Sora OpenAI

OpenAI Perkenal Aplikasi Sora Untuk Android

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas dilancarkan di iOS bulan lalu, OpenAI kini memperkenalkan aplikasi Sora untuk Android, membolehkan lebih ramai pengguna menghasilkan video berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan hasil yang kelihatan hampir nyata.

Buat masa ini, Sora hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand serta Vietnam, dan masih belum boleh dimuat turun secara rasmi di Malaysia.

The Sora app is now available on Android in:

Canada
Japan
Korea
Taiwan
Thailand
US
Vietnam pic.twitter.com/wmx5KU4VM1

— Sora (@soraofficialapp) November 4, 2025

Sora menampilkan paparan video menegak yang menyerupai TikTok, di mana pengguna boleh menonton, berkongsi serta berinteraksi dengan kandungan yang dijana AI oleh pengguna lain.

Dikuasakan oleh model Sora 2, aplikasi ini bukan sekadar menjana video secara rawak. Ia membolehkan pengguna mengolah semula (remix) video sedia ada, menambah rakan-rakan sebagai “cameo”, serta menganalisis rupa dan suara seseorang bagi menghasilkan babak yang kelihatan lebih realistik.

Aplikasi Sora OpenAI Android_1

OpenAI juga tidak lagi menggunakan sistem senarai menunggu (waitlist) di beberapa negara terpilih, menjadikan proses memuat turun dan menggunakan aplikasi ini lebih mudah.

Dengan pelancaran di lebih banyak negara Asia, Sora dijangka akan diperluas ke pasaran lain tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Pengguna ChatGPT Plus, Pro Kini Boleh Akses Sora - Model Janaan Video
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Perkenal Sora - Aplikasi Video AI Mirip TikTok
  • ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY