Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT 5.1_ (1)

OpenAI Lancar GPT-5.1 – ChatGPT Kini Lebih Pintar, Mesra

Diterbitkan November 13, 2025 · Dikemas kini November 13, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini melancarkan GPT-5.1, naik taraf bagi model flagship siri GPT-5 yang diperkenalkan pada Ogos.

Hadir dalam dua versi, Instant dan Thinking, GPT-5.1 kini lebih baik dalam mengikut arahan tersuai, menggunakan penaakulan untuk memberikan jawapan lebih tepat, serta secara keseluruhan, lebih lancar dan menyeronokkan untuk diajak berbual.

GPT-5.1 Instant ialah model paling kerap digunakan, yang kini lebih mesra, lebih pintar dan lebih baik dalam mengikuti arahan pengguna.

GPT-5.1 Instant is now warmer and more conversational.

The model can use adaptive reasoning to decide to think a bit longer before responding to tougher questions.

It also has improved instruction following, so the model more reliably answers the question you actually asked. pic.twitter.com/5zP0ft0ekm

— OpenAI (@OpenAI) November 12, 2025

Sementara GPT-5.1 Thinking ialah model penaakulan lanjutan, yang kini lebih mudah difahami dan lebih pantas untuk tugasan mudah, serta lebih konsisten untuk tugasan kompleks.

GPT-5.1 Thinking now more effectively adjusts its thinking time based on the question, spending more time on complex problems, less on simple ones.

Responses are clearer with less jargon. pic.twitter.com/oCUrEPKkpE

— OpenAI (@OpenAI) November 12, 2025

Secara default, GPT-5.1 Auto akan memadankan pertanyaan dengan model paling sesuai, jadi dalam kebanyakan kes, pengguna tidak perlu memilih model secara manual.

Seiring dengan penambahbaikan model ini, OpenAI kini turut memudahkan pengguna menyesuaikan nada dan gaya ChatGPT.

Terdapat tetapan nada baharu, termasuk Professional, Candid, dan Quirky, yang menyertai pilihan sedia ada seperti Default, Nerdy, Cynical, Friendly (sebelumnya Listener), dan Efficient (sebelumnya Robot). Tetapan personaliti ini terpakai untuk semua model.

OpenAI Lancar GPT-5.1 – ChatGPT Kini Lebih Pintar, Mesra

Dalam pada itu, OpenAI juga sedang menguji kawalan personalisasi tambahan, seperti menyesuaikan tahap kemesraan dan kekerapan penggunaan emoji.

Ketersediaan

GPT-5.1 Instant dan Thinking diperkenalkan hari ini, bermula dengan pengguna berbayar (Pro, Plus, Go, Business) sebelum diperluaskan kepada pengguna percuma dan yang tidak log masuk.

Sementara itu, pelan Enterprise dan Edu mendapat akses awal selama tujuh hari (dinyahaktifkan secara default). Selepas tempoh itu, GPT-5.1 akan menjadi model default tunggal.

GPT-5.1 mungkin belum tersedia serta-merta jika pengguna menyemak ChatGPT hari ini. OpenAI akan memperkenalkannya secara berperingkat dalam beberapa hari bagi memastikan prestasi kekal stabil untuk semua pengguna. GPT‑5 Pro juga dijangka dikemas kini kepada GPT-5.1 Pro tidak lama lagi.

Berkaitan

  • GPT-5 Dah Rasmi - Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri - ChatGPT Atlas
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • OpenAI Perkenal Aplikasi Sora Untuk Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY