Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Dijangka Lancar Aplikasi Mirip TikTok, Tapi Semua Video Dijana AI

Diterbitkan September 30, 2025 · Dikemas kini September 30, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini dilaporkan dalam persiapan untuk melancarkan aplikasi kendiri bagi model penjana video AI, Sora 2.

Menurut laporan WIRED, aplikasi ini “sangat mirip” dengan TikTok, menampilkan paparan video menegak dan navigasi leret ke atas atau bawah. Bezanya? Kesemua kandungan akan dijana sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI).

OpenAI akan mengehadkan Sora 2 untuk menjana klip video sepanjang 10 saat atau kurang, yang hanya boleh digunakan di dalam aplikasi tersebut. Tiada pilihan untuk memuat naik foto atau video daripada galeri telefon atau aplikasi lain.

Sebagai perbandingan, TikTok, yang asalnya mengehadkan video kepada 15 saat, kini membolehkan pengguna memuat naik klip sehingga 10 minit panjangnya.

Difahamkan, aplikasi baharu ini turut mempunyai ciri pengesahan identiti. Sekiranya identiti pengguna disahkan, Sora 2 boleh menggunakan wajah tersebut dalam video yang dijana – sama ada oleh diri sendiri atau orang lain.

Sebagai langkah keselamatan, OpenAI akan menghantar notifikasi kepada pengguna setiap kali wajah digunakan oleh orang lain, walaupun video tersebut hanya dalam bentuk draf dan tidak dikongsi di paparan aplikasi.

Selain itu, aplikasi ini juga akan menolak untuk menjana sesetengah video atas sebab sekatan hak cipta.

Mengenai sebab OpenAI melancarkan aplikasi media sosial, WIRED melaporkan bahawa sumber dalaman berpandangan syarikat itu melihat peluang selepas Presiden Trump beberapa kali melanjutkan tarikh akhir bagi ByteDance meletakkan operasi TikTok di AS di bawah kawalan Amerika.

Buat masa ini, OpenAI masih belum mengesahkan mengenai pelancaran aplikasi ini.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Dilapor Bakal Hasilkan Cip AI Sendiri, Kerjasama Dengan Broadcom
  • Nvidia Bakal Labur $100 Bilion Dalam OpenAI, Sokong Pusat Data AI 10 Gigawatt
  • OpenAI Lancar Ciri Kawalan Ibu Bapa Dalam ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY