Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Makin Canggih, Ini Yang Menarik Tentang ChatGPT Agent

Makin Canggih, Ini Yang Menarik Tentang ChatGPT Agent

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI baru sahaja melancarkan ChatGPT Agent, ciri baharu yang membolehkan ChatGPT melaksanakan tugasan kompleks secara automatik menggunakan komputer mayanya sendiri.

Keupayaan ini didorong oleh sistem ejen bersepadu (unified agentic system) yang menggabungkan tiga kekuatan utama OpenAI, iaitu kebolehan Operator untuk berinteraksi dengan laman web, keupayaan Deep Research dalam menyusun maklumat, dan kepintaran serta kefasihan perbualan ChatGPT sendiri.

Apa yang ChatGPT Agent boleh lakukan?

Di tempat kerja, ChatGPT Agent boleh digunakan untuk automasi pelbagai tugasan berulang. Contohnya, ia boleh tukar tangkap layar atau dashboard kepada slaid pembentangan dengan elemen vektor yang boleh disunting, ubah jadual mesyuarat, rancang dan tempah acara luar pejabat.

Slideshows, no stress. ChatGPT agent is your one-stop shop for fully editable presentations. pic.twitter.com/N4ut6HOOK4

— OpenAI (@OpenAI) July 17, 2025

Ia juga boleh digunakan untuk mengumpul data daripada web dan mengemas kini spreadsheet dengan data kewangan baharu tanpa mengganggu susun atur asal.

Let’s show you what ChatGPT agent can do 🧵

Need Monday metrics? ChatGPT agent can fetch the data, generate the spreadsheet, and schedule it to run again—automatically. pic.twitter.com/oPz7bxMkUK

— OpenAI (@OpenAI) July 17, 2025

Untuk kegunaan peribadi pula, ia boleh digunakan untuk melayari laman web, merancang dan menempah percutian, mengatur majlis makan malam dari awal hingga akhir, atau mencari pakar seperti doktor atau juruteknik dan terus menetapkan janji temu – semuanya secara automatik.

With your permission, ChatGPT agent can browse the web, book appointments, and make purchases like you would—searching, scrolling, and clicking.

So you can step away from tedious tasks, and focus on the priorities that really matter. pic.twitter.com/ujKAk0sqDZ

— OpenAI (@OpenAI) July 17, 2025

ChatGPT Agent boleh memahami tugasan yang diberi, memilih alatan yang bersesuaian dan terus melaksanakannya.

Ia menggunakan connectors (sambungan ke akaun Google, Microsoft Teams dan lain-lain), maklumat konteks dan arahan tersuai untuk bertindak dengan lebih bijak bagi pihak pengguna.

Risiko & Langkah Keselamatan

Dengan ciri ini, pengguna kini boleh mengarahkan ChatGPT untuk mengambil tindakan terus di web, termasuk mengakses data sensitif melalui laman web dan connectors.

Namun, ini juga membuka risiko baharu. ChatGPT mungkin terdedah kepada arahan tersembunyi (hidden prompts) di laman web seperti dalam metadata atau elemen tidak kelihatan. Ia boleh menyebabkan tindakan tidak disengajakan seperti berkongsi maklumat sulit.

Bagi menangani isu ini, OpenAI telah melaksanakan beberapa langkah keselamatan penting seperti berikut:

  • Pengesahan jelas daripada pengguna: ChatGPT dilatih untuk meminta kebenaran pengguna secara jelas sebelum melakukan tindakan yang membawa kesan sebenar, seperti membuat pembelian.
  • Pengawasan aktif (Watch Mode): Tugasan kritikal tertentu, seperti menghantar emel, memerlukan pengawasan aktif daripada pengguna.
  • Mitigasi risiko secara proaktif: ChatGPT dilatih untuk menolak tugasan berisiko tinggi secara automatik, seperti pemindahan wang melalui bank.

Selain itu, OpenAI turut memperkenalkan kawalan tambahan untuk mengehadkan akses data oleh model, termasuk kawalan privasi yang membolehkan pengguna padam semua data pelayaran web dan log keluar serta-merta dari semua sesi laman web yang sedang aktif.

Apabila pengguna melayari web menggunakan pelayar ChatGPT (takeover mode), semua input kekal selamat. ChatGPT tidak mengumpul atau menyimpan sebarang data yang dimasukkan sepanjang sesi ini, termasuk kata laluan.

Ketersediaan

ChatGPT Agent mula dilancarkan hari ini kepada pengguna pelan Pro, Plus dan Team. Pengguna Pro akan menerima akses selewat-lewatnya hari ini, manakala pengguna Plus dan Team akan menerimanya secara berperingkat dalam beberapa hari akan datang. Bagi pengguna Enterprise dan Education, akses akan diberikan dalam minggu-minggu berikutnya.

Pengguna Pro akan mendapat 400 mesej sebulan, manakala pengguna berbayar lain seperti Plus dan Team menerima 40 mesej sebulan. Jika perlu, penggunaan tambahan boleh didapati melalui pilihan kredit fleksibel.

Berkaitan

  • Guna ChatGPT? Sam Altman Dedah Berapa Banyak Tenaga, Air Digunakan Untuk 1 Soalan
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
  • Kajian Dedah Kesan Penggunaan Melampau ChatGPT Terhadap Otak

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY