Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Perkenal Cip AI Jalapeno, Dibangunkan Bersama Broadcom

OpenAI Perkenal Cip AI Jalapeno, Dibangunkan Bersama Broadcom

Diterbitkan Jun 25, 2026 · Dikemas kini Jun 25, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI secara rasmi memperkenalkan cip AI tersuai pertamanya yang dinamakan Jalapeno, hasil kerjasama dengan Broadcom sebagai sebahagian daripada strategi syarikat untuk membangunkan infrastruktur AI secara menyeluruh.

Menurut OpenAI, Jalapeno merupakan cip pertama dalam kategori yang digelarnya sebagai “Intelligence Processor”. Ia direka sendiri berdasarkan keperluan model bahasa raya (LLM) sedia ada dan akan datang, selain menjadi asas kepada platform pengkomputeran berbilang generasi yang sedang dibangunkan bersama Broadcom.

Cip ini dibangunkan khusus untuk tugasan inferens LLM, iaitu proses menghasilkan jawapan daripada model AI. OpenAI berkata matlamatnya adalah untuk menawarkan prestasi setanding pemecut (accelerator) AI terkemuka dengan kependaman (latency) yang lebih rendah.

OpenAI Perkenal Cip AI Jalapeno, Dibangunkan Bersama Broadcom

Untuk membangunkan cip ini, OpenAI memaklumkan keseluruhan proses menghasilkan Jalapeno, daripada peringkat reka bentuk sehingga proses tape-out untuk pembuatan, hanya mengambil masa sembilan bulan. Syarikat itu turut menggunakan model AI mereka sendiri bagi membantu sebahagian proses pembangunannya.

OpenAI menyifatkan Jalapeno sebagai langkah pertama dalam pembangunan platform pengkomputeran AI berbilang generasi yang dijangka mula digunakan menjelang penghujung 2026. Ujian awal menunjukkan cip berkenaan mampu menawarkan prestasi bagi setiap watt yang jauh lebih baik berbanding teknologi terbaik yang tersedia ketika ini, walaupun penilaian prestasi akhir masih diteruskan.

Dengan membangunkan cip sendiri, OpenAI berupaya mengawal dan mengoptimumkan keseluruhan rantaian infrastrukturnya.

Pendekatan ini dijangka membolehkan model AI pada masa hadapan beroperasi dengan lebih pantas, lebih cekap serta mengurangkan kos operasi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan syarikat terhadap pembekal cip pihak ketiga seperti Nvidia.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Dilapor Percepat Pembangunan Telefon AI, Mungkin Tiba Seawal 2027
  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android
  • ChatGPT Dan Claude Ramal Sepanyol Juara Piala Dunia 2026
  • Pengguna Kini Boleh Cari Produk Di Shopee Terus Melalui ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY