Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chatgpt search

OpenAI Lancar ChatGPT Search, Enjin Carian Dikuasakan AI

Diterbitkan November 1, 2024 · Dikemas kini November 1, 2024 oleh Amsyar Latif

Pada Julai lepas, OpenAI berkongsikan enjin carian dikuasakan AI mereka, ChatGPT Search. Kini, mereka akhirnya melancarkan enjin carian tersebut secara rasmi yang boleh diakses pengguna berbayar dan juga yang telah mendaftar minat melalui senarai tunggu.

OpenAI menyatakan yang ChatGPT Search boleh melakukan carian pantas dan memberikan jawapan yang tepat serta relevan berdasarkan pertanyaan pengguna. Ini termasuk pautan yang berkaitan bagi setiap jawapan yang mereka berikan.

chatgpt search
chatgpt search

Untuk menggunakannya sangat mudah, pengguna hanya perlu tulis seperti biasa di ‘message ChatGPT’ tetapi perlu klik pada ikon glob bagi mengaktifkan carian web. Apabila diaktifkan, ia akan memaparkan ‘search the web’.

OpenAI Lancar ChatGPT Search, Enjin Carian Dikuasakan AI

Mereka juga bekerjasama dengan banyak pihak agar dapat menawarkan data dan juga berita yang sentiasa dikemas kini dan terbaru. Ia juga dapat memaparkan antara muka bagi kategori seperti cuaca, saham, sukan, berita dan peta. Tambahan lagi, model carian yang digunakan adalah versi GPT-4o yang ditala termasuk output daripada model o1-preview.

chatgpt search

Hasil daripada cubaan awal, saya mendapati yang memang ia dapat memberikan jawapan dengan pantas. Namun, mungkin ada beberapa jawapan yang tidak menepati kehendak saya. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan AI, untuk mendapatkan jawapan lebih tepat, soalan yang diajukan perlu diperhalusi lagi agar ia memahami apa yang kita kehendaki.

Saya juga perasan, ia mirip dengan Arc Search yang pernah saya cuba sebelum ini tetapi bukanlah 100% sama. Sekiranya anda pengguna berbayar dan pernah mendaftar dalam waitlist, anda sudah boleh mencuba ChatGPT Search hari ini.

Berkaitan

  • Pengguna ChatGPT Kini Boleh Hasilkan Imej Percuma Dengan DALL-E 3, Tapi Ada Had Harian
  • Indonesia, Filipina Dan Thailand Antara Yang Tertinggi Pengguna ChatGPT - Kajian
  • OpenAI Lancar Mod Audio Lebih Maju Dan Nampak Semula Jadi Untuk Pengguna ChatGPT
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY